Cara Kira Cukai Pendapatan Pekerja Sebagai Majikan Menggunakan 6 Langkah Ini
# Pengetahuan Pekerja

Cara Kira Cukai Pendapatan Pekerja Sebagai Majikan Menggunakan 6 Langkah Ini

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Feb 13, 2023
pada 10:01 AM

Rupanya ramai masih tak tahu yang diorang ni sebenarnya layak atau pun tak untuk membuat pembayaran cukai pendapatan. Sebabtu korang sebagai majikan main peranan yang penting. Sebenarnya majikan boleh membuat potongan bulanan dari gaji pekerja untuk pembayaran cukai pendapatan. Majikan boleh membuat potongan terus ke Kementerian Kewangan untuk diteruskan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

 

Apa Maksud Cukai Pendapatan?

 

Cukai pendapatan ni adalah bayaran wajib yang perlu dibuat kepada kerajaan untuk pendapatan yang diterima oleh setiap individu tertentu. Termasuk juga dengan pendapatan pekerja. Sebagai majikan, korang mempunyai peranan penting dalam pengiraan dan pembayaran cukai pendapatan pekerja korang. 

 

Tanggungjawab Majikan Terhadap Pembayaran Cukai Gaji Pekerja

 

Pentingnya korang sebagai majikan ni, korang perlu menyediakan borang EA kepada pekerja untuk mereka hantar atau submit ke e-Filing. Borang EA ni borang elektronik yang korang boleh gunakan untuk melaporkan pendapatan dan potongan cukai pendapatan pekerja kepada Kementerian Kewangan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Malaysia. Tertera dekat bawah ni adalah langkah-langkah yang majikan harus buat untuk membantu pekerja membuat pembayaran cukai pendapatan: 

 

  • Sediakan Slip Gaji Bulanan

Korang perlu sediakan slip gaji bulanan yang mencantumkan detail pendapatan dan potongan gaji pekerja. Slip tersebut boleh digunakan oleh pekerja untuk membuat pengiraan cukai pendapatan.

  • Potong dan Simpan Cukai Pendapatan

Korang harus potong jumlah cukai pendapatan yang dikenakan dari pendapatan pekerja setiap bulan dan simpan jumlah tersebut sebagai sumber pembayaran cukai pendapatan pekerja. 

  • Sampaikan Lamporan Cukai Pendapatan

Korang perlu sampaikan laporan tersebut kepada kerajaan pada waktu yang telah ditetapkan kerajaan. Laporan itu wajib diisi dengan detail pendapatan dan potongan cukai pekerja. 

  • Bayar Cukai Pendapatan

Korang harus membayar jumlah cukai pendapatan yang dikenakan kepada kerajaan mengikut waktu yang sudah ditetapkan.

  • Simpan Rekod Pembayaran Cukai

Rekod pembayaran harus disimpan untuk membuktikan cukai pendapatan yang pekerja telah pun dibayar.

  • Beri Bantuan Kepada Pekerja

Korang perlu beri bantuan untuk membantu pekerja membuat pengiraan cukai pendapatan. 

 

Bagaimana Cara Kira Cukai Pendapatan?

 

Bagi proses pengiraan cukai pendapatan, kebiasaannya majikan akan menggunakan borang pengiraan cukai (EA) yang dah disediakan oleh kerajaan atau majikan juga boleh menggunakan servis agensi cukai. Cara untuk mengira cukai pendapatan pekerja adalah seperti berikut:

 

  • Korang perlu tentukan jumlah pendapatan tahunan pekerja, termasuk gaji mereka, elaun, bonus, dan lain-lain.
  • Korang perlu tentukan kadar cukai untuk pekerja berdasarkan pendapatan tahunan dan negara tempat tinggal pekerja korang. 
  • Korang boleh menggunakan borang pengiraan cukai yang disediakan oleh kerajaan atau agensi cukai untuk mengira jumlah cukai yang patut dibayar oleh pekerja.
  • Selepas korang selesai mengira cukai, tambahkan cukai ke dalam gaji bulanan pekerja korang dan keluarkan slip gaji yang menunjukkan jumlah gaji dan cukai yang sudah dibayar. 
  • Cukai pendapatan harus dibayar kepada kerajaan pada masa yang ditetapkan. 

 

Ini adalah prosedur untuk majikan kira cukai pendapatan pekerja. Kadar cukai dan prosedur pengiraan sebenarnya berbeza mengikut negara dan kerajaan tempat tinggal. Maka, info ini sangat penting untuk korang pastikan yang pekerja korang betul-betul memahami undang-undang cukai ni. 

 

Kadar Cukai Mengikut Gaji Tahunan Pekerja

 

Pendapatan tahunan pekerja: RM50,000

 

Menurut undang-undang cukai tempat tinggal pekerja, kadar cukai adalah seperti berikut:

  • RM0 hingga RM5,000: 0%
  • RM5,001 hingga RM20,000: 1%
  • RM20,001 hingga RM35,000: 3%
  • RM35,001 hingga RM50,000: 8%
  • RM50,001 hingga RM70,000: 13%
  • RM70,001 hingga RM100,000: 21%
  • RM100,001 hingga RM250,000: 24%
  • RM250,001 hingga RM400,000: 24.5%
  • RM400,001 hingga RM600,000: 25%
  • RM600,001 hingga RM1,000,000: 26%
  • RM1,000,001 hingga RM2,000,000: 28%
  • Melebihi RM2,000,000: 30%

 

Untuk info lebih lanjut, boleh refer di sini

 

Kategori Pekerja Yang Dapat Perlepasan Income Tax 

 

Dibawah ini menunjukkan beberapa kategori pekerja yang mendapat pelepasan cukai dalam kaedah cukai pendapatan. Pelepasan cukai ini dapat membantu pekerja memperoleh lebih banyak pendapatan bersih setiap bulan: 

  • Julat saraan bersih bulanan
  • Kategori 1 - Bujang
  • Kategori 2 - Berkahwin dan pasangan tidak bekerja
  • Kategori 3 - Berkahwin dan pasangan bekerja
  • Bilangan anak - 0 hingga 20 

 

Kesimpulannya, korang sebagai majikan perlu menambahkan jumlah cukai ini ke dalam gaji bulanan pekerja dan membayar cukai kepada kerajaan pada masa yang ditetapkan. Cukai pendapatan ini juga sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai majikan untuk memastikan pekerja kita membayar cukai mereka. Prosedur dan kadar cukai ni berbeza mengikut undang-undang negara dan boleh berubah mengikut waktu. Pastikan korang sentiasa up-to-date dengan pengiraan kadar cukai. 

 

FAQs:

Dibawah ini terletak beberapa FAQs berkenaan pembayaran cukai pendapatan pekerja yang majikan termasuk pekerja harus tahu:

 

Q: Boleh ke majikan buat potongan bulanan dari gaji pekerja untuk pembayaran cukai gaji pekerja? 

 

A: Dengan atas persetujuan pekerja tersebut, majikan boleh membuat potongan cukai bulanan untuk memudahkan pekerja. 

 

Q: Adakah semua pekerja akan dikenakan pembayaran cukai pendapatan?

 

A: Tidak. Pembayaran cukai akan dikenakan mengikut pendapatan pekerja tersebut. Permulaan gaji yang akan dikenakan pembayaran cukai adalah dari RM5,001 ke atas setahun. 

 

Q: Siapa yang akan dapat pengecualian dari membuat pembayaran cukai?

 

A: 

  1. Pekerja yang perlu membuat pembayaran rawatan perubatan dan kos penjagaan ibu bapa, 
  2. Pekerja kurang upaya yang perlukan peralatan sokongan, suami/isteri, atau ibu bapa yang kurang upaya,
  3. Pekerja yang perlu membuat pembayaran yuran pendidikan sendiri
  4. Pekerja yang memerlukan kos perubatan untuk penyakit yang serius

 

 

Permohonan segera bagi jawatan kosong Pendidikan dan F&B!