5 Contoh Pekerjaan Terbaik di Malaysia Untuk Golongan 'Single'
# Jenis Pekerjaan

5 Contoh Pekerjaan Terbaik di Malaysia Untuk Golongan 'Single'

post by MJ

by MJ

Feb 14, 2023
pada 5:56 PM

Bulan Februari ni, selain daripada cuti tahunan raya cina, ia juga terkenal sebagai bulan cinta. Maklumlah, hari valentine kan jatuh pada tanggal 14 haribulan februari. Korang yang tak single tu, apa plan korang dengan pasangan korang? Dekat sini, min nak share 5 contoh pekerjaan terbaik di Malaysia untuk golongan 'single'. Nak tahu kenapa? Sebab mereka adalah orang yang paling busy lagi-lagi bila ada cuti musim atau tarikh penting seperti hari valentine. 

Rider

Bukan senang jadi rider ni. Terutama sekali yang membuat penghantaran makanan. Mereka kena jaga kualiti makanan dan memastikan pesanan sampai tepat waktu. Kemungkinan besar juga mereka tak sempat untuk menjaga keterampilan sendiri sewaktu bekerja. 

Perkhidmatan Pelanggan

Kebanyakan pekerja yang bekerja sebagai perkhidmatan pelanggan ni perlu bekerja selama 12 jam dalam satu hari. Mereka perlu bercakap dan melayan pelanggan mereka yang bermacam karenah selama 12 jam. Sudah tentu selepas waktu bekerja, mereka akan kurang untuk berjumpa dengan orang dan tidak akan banyak menggunakan telefon bimbit.

Pekerja Bahagian Retail

Sewaktu musim percutian, jarang untuk kita nampak kedai pemakaian atau pusat beli-belah tutup. Malah, lagi ramai pengunjung yang akan datang. Ini dah jadi tanggungjawab pekerja retail untuk bekerja di musim percutian termasuk hari minggu. Tugas mereka adalah untuk melayan pelanggan mereka termasuk dengan menjaga stock dan kebersihan kedai mereka. Semestinya mereka perlu menggunakan kedua-dua tenaga fizikal dan juga mental. Kalau dah bekerja dihari minggu, macam mana mereka nak berjumpa dengan pasangan, betul tak? 

Akauntan

Kebanyakkan orang takut nak berkenalan dengan akauntan disebabkan stereotype yang berkata profesion mereka adalah mengira. Mereka takut pasangan akauntan mereka beri nasihat kewangan dan akan membuat pengiraan duit yang dah dikeluarkan setiap kali pergi 'dating'. Tapi min tak rasa benda ini sahih sebab akauntan ni pekerjaan dia besar dan bukan hanya membuat pengiraan duit. 

Tukang Masak

Tukang masak ni sama macam pekerja retail. Jarang sekali untuk mereka cuti pada hari cuti dan mereka selalunya akan ambil cuti pada hari biasa. Kalau mereka cuti pada hari cuti, mereka perlu menananggung kerugian yang amat besar. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu memastikan hidangan mereka boleh memuaskan pelanggan. Apabila mereka terlalu sibuk di dapur, meraka akan kurang  berinteraksi dengan dunia luar. 

Doktor

Rasanya satu dunia dah tahu macam mana susah untuk menjadi doktor dan berapa tahun pengajaran yang meraka perlu hadapi untuk mereka menjadi seorang doktor. Mereka mempunyai tanggungjawab yang amat besar kerana kerjaya mereka melibatkan nyawa manusia. Waktu bekerja mereka juga amat berbeza degan pekerjaan yang lain. Apatah lagi doktor yang bekerja di hospital besar. 
 

Kesimpulannya, kelima-lima pekerjaan di atas adalah contoh pekerjaan yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak, terutama semasa musim cuti dan tarikh penting demi menjaga kualiti produk syarikat termasuk kepuasan pelanggan mereka. Walaupun kurang mempunyai masa untuk aktiviti sosial, mereka dapat banyak keuntungan dari segi kewangan dan kerjaya mereka.