Masih Upah Orang Buat 'Kerja Kursus Pengajian Am'? Ni Cara Terbaru Yang Cepat dan Free!
# Others

Masih Upah Orang Buat 'Kerja Kursus Pengajian Am'? Ni Cara Terbaru Yang Cepat dan Free!

post by MJ

by MJ

Feb 17, 2023
pada 4:53 PM

Setiap pelajar memang tak akan dapat lari daripada membuat kerja kursus sebab ia adalah salah satu kurikulum pendidikan di Malaysia. Dalam era digital sekarang yang semakin maju, generasi kita mula menjadi kreatif dengan setiap kerja kursus yang diberi. Ini adalah perkara yang sukar kita nafikan sekarang. Oleh itu, terdapat isu yang kerap menjadi perdebatan dalam pelaksanaan kerja kursus, terutama dalam kerja kursus pengajian am dimana sudah mula bangkitnya isu tren mengupah pihak ketiga untuk kerja kursus pengajian am. Disini, min nak kongsikan beberapa laman yang korang boleh gunakan untuk mudahkan kerja kursus korang.
 

Apa itu Kerja Kursus?

Kerja kursus adalah tugas tertentu yang biasanya pelajar perlu selesaikan di luar jam pelajaran sekolah atau universiti. Kerja kursus ini sudah menjadi sebahagian dari kurikulum dengan harapan untuk membantu pelajar mengembangkan pemahaman mereka tentang subjek yang dipelajari. Tujuan kerja kursus memang untuk bantu korang tingkatkan penelitian korang dalam membuat sesuatu pekerjaan. 

Impak Digital Terhadap Pembelajaran Generasi Sekarang

Sebenarnya, dah terlalu banyak kemudahan dihujung jari kita. Sekarang ni korang ada banyak akses untuk dapatkan sumber pendidikan contohnya, e-book, jurnal elektronik, artikel, dan juga video tutorial. Semua ni korang boleh gunakan untuk dapat ilmu yang lebih luas dan mendalam. Banyak manfaat yang korang boleh dapat termasuk perkara untuk memudahkan korang menyiapkan kerja kursus korang. 

Contoh Laman Web Untuk dirujuk

  • Google Drive

Bagusnya Google Drive ni, korang bukan hanya menyimpan, malah korang boleh kongsi semua file kerja korang termasuk, dokumen, gambar, video dengan orang lain untuk kegunaan yang penting macam kerja berkumpulan. Tak perlu korang bersusah payah nak pindah masuk laptop korang, kemudian email kepada rakan korang. Korang hanya perlu masukkan email mereka ke dalam fail akses, kemudian fail tersebut akan sedia ada di dalam drive mereka. 

  • Google Calendar

Aplikasi ni dapat bantu korang untuk membuat jadual termasuk mengatur waktu dengan lebih mudah. Korang lagi mudah untuk merancang sesuatu aktiviti dengan lebih terperinci seperti memilih waktu, lokasi dan informasi lain. Kalau korang sejenis yang mudah lupa, aplikasi ni juga bantu untuk menghantar notifikasi sama ada ke email atau terus ke aplikasi. Korang mesti tak akan terlupa lagi lepas ni. Bukan itu saja, korang juga boleh kongsi jadual dengan kawan, keluarga atau rakan kerja korang juga. Ini bantu juga untuk korang buat perancangan dan mudah nak pastikan semua orang 'free' pada masa dan tarikh tersebut. 

  • QuillBot

QuillBot ni adalah laman yang dapat membantu korang untuk menghasilkan teks baru yang korang ambil dari sebuah teks yang lain. Ini bantu korang untuk mengurangkan tindakan plagiarisme. QuillBot juga boleh bantu check dan perbaiki tatabahasa dari sebuah teks. Ia akan beri pelbagai alternatif untuk mengubah setiap ayat atau perkataan dengan kata atau frasa yang lebih tepat. Korang juga tak perlulah buang masa untuk menulis teks yang baru secara manual. 

  • Turnitin

Turnitin adalah sebuah platform online yang dapat bantu korang check plagiarisme. Platform ini sangat berguna untuk pelajar, pengajar, dan penulis dalam memastikan penulisan korang bebas dari plagiarisme dan memiliki kualiti yang baik. Turnitin boleh bantu korang detect penulisan korang yang mengandungi potongan teks yang diambil dari sumber lain. Platform ini akan membandingkan penulisan korang dengan database yang terdiri dari jutaan sumber online dan offline untuk mencari kemiripan penulisan. Turnitin juga boleh bantu menjaga integriti akademik korang. 

Tren Mengupah Pihak Ketiga Untuk Kerja Kursus Pengajian Am

Kesalahan ini sering dilakukan oleh pelajar yang merasa kesesakan atau terlalu sibuk dengan tugas-tugas lain, sehingga mereka terfikir untuk membayar seseorang untuk membuat kerja kursus mereka. Ada keburukan yang korang bakal hadapi kalau korang pun buat benda yang sama. Tak kisah long term atau short term. Ia meninggalkan kesan yang buruk terhadap pembelajaran korang sekiranya didapati bersalah. Contohnya, korang boleh dikenakan tindakan tatatertib atau dibuang dari tempat pengajian korang. 

Min sudah membahaskan tentang kerja kursus yang merupakan sebahagian dari kurikulum pendidikan di Malaysia dan bagaimana era digital mempengaruhi pembelajaran generasi saat ini. Artikel ini juga memberikan beberapa contoh laman web yang boleh korang gunakan untuk memudahkan korang dalam menyelesaikan tugas korang. Janganlah korang salah gunakan kemudahan yang ada ni. Lagi-lagi dengan mengupah pihak lain untuk menyiapkan kerja kursus korang. Semestinya korang tak akan dapat apa-apa benefit dari melakukan sebegitu.

 

Permohonan segera bagi jawatan kosong Digital Marketing!