‘Bukan memi­lih kerja, tetapi ada ketika gaji yang ditawarkan, tidak setimpal dengan kos sara hidup semasa’ - Jobseeker
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

‘Bukan memi­lih kerja, tetapi ada ketika gaji yang ditawarkan, tidak setimpal dengan kos sara hidup semasa’ - Jobseeker

post by MJ

by MJ

Mar 3, 2023
pada 3:08 PM

Muhammad Fakhri Syazwan Mohd. Samsol, seorang penghantar makanan berusia 19 tahun, menghadapi dilema tidak dapat mencari pekerjaan tetap yang sesuai kerana gaji yang ditawarkan tidak mencukupi untuk kos sara hidup semasa.

 

Sumber : UtusanMalaysia

Sebagai lulusan Kolej Vokasional (KV) Melaka Tengah, beliau pernah ditawarkan beberapa jawatan oleh pihak industri, tetapi kesemuanya tidak berkaitan dengan kelulusannya.

Beliau juga telah menghadiri lebih daripada lima temuduga secara bersemuka sepanjang tempoh mencari pekerjaan.

“Saya mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang automotif. Apabila ditawarkan pekerjaan, saya melihat skop kerja tidak seiring dengan kelulusan yang saya miliki.

“Selain itu, gaji yang ditawarkan juga tidak mencukupi untuk kos sara hidup semasa, terutamanya jika lokasi pekerjaan berada di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Bagaimana saya mampu bekerja dengan tenang jika tidak dibayar dengan sewajarnya?

“Saya tidak memilih untuk berkerja, tetapi sekurang-kurangnya tawarkan pekerjaan yang bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki. Saya juga mahu menimba ilmu dan pengalaman dalam kerja yang berkaitan sebagai nilai tambah untuk masa depan saya," kata beliau.