by MJ
Melalui sebuah posting di media social facebook. Foto warga emas ini telah menarik hati netizen oleh sebab ketekunan warga emas ini mencari rezeki sebagai seorang maskot. Warga emas ini dilihat menghiburkan orang ramai di Bazar Malam Wangsa Maju.
Dalam posting Facebook, Roslan Salleh memuat naik gambar-gambar warga emas itu dengan sebuah caption, ""MAKCIK" Demi Mencari Rezeki Yang Halal..
Disebalik keriangan orang ramai bergambar bersama watak kartun yang mewarnai suasana di kawasan persekitaran Bazaar Malam Wangsa Maju ini...saya terkejut melihat salah satu watak kartun itu adalah seorang warga emas sekitar baya ibu saya dan mungkin seusia ibu ayah anda.
Lebih sedih lagi, makcik itu kelihatan penat dan membuka 'topeng' untuk bernafas udara segar di samping menghiburkan orang ramai di bazar malam wangsa maju itu.
Rata-rata dengan banyak netizen mengungkapkan rasa kagum mereka terhadap ketabahan warga emas itu dan mendoakan agar warga emas itu dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik
Ramai yang terkesan dengan ketabahan warga emas itu, manakala yang lain merasakan simpati dengan situasi itu.
"Sedih melihat seseorang pada usia ini masih bekerja dan menghiburkan orang lain sedangkan seseorang pada usia yang sama sepatutnya berehat di rumah bersama keluarga."
"Muka mereka kelihatan penat. Sungguh kasihan melihat Makcik mencuba keras untuk mengumpulkan pendapatan. Semoga Allah menjadikan segalanya lebih mudah untuk mereka."