"Seperti Duduk Dalam Sangkar Hamster !" - Gadis Ini Terkejut Dengan Harga Bilik Sewa MAHAL RM700 TAPI KECIL Di Shah Alam
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

"Seperti Duduk Dalam Sangkar Hamster !" - Gadis Ini Terkejut Dengan Harga Bilik Sewa MAHAL RM700 TAPI KECIL Di Shah Alam

post by MJ

by MJ

Mar 9, 2023
pada 11:32 AM

"Seperti Duduk Dalam Sangkar Hamster !" - Gadis Ini Terkejut Dengan Harga Bilik MAHAL RM700 TAPI KECIL Di Shah Alam

 

Mencari bilik sewa yang berpatutan bukanlah sesuatu yang mudah, terutama sekiranya ia terletak di bandar-bandar besar seperti KL dan Cyberjaya di mana harga-harga tinggi melambung. Seperti cerita yang dikongsikan oleh gadis ini di social media twitter nya,

Gadis ini baru-baru ini mengambil inisiatif untuk kongsikan rasa kecewanya dan terkejut dengan betapa sukar untuk menyewa bilik pada harga yang munasabah di Shah Alam.

“ RM700 Untuk Bilik Kecil Di Shah Alam”

“Seperti Duduk Dalam Sangkat Hamster”

Dalam tweet oleh @fkadeya, beliau tak sangka  mencari bilik untuk disewa juga perlukan mental yang kuat.

Beliau kemudiannya berkongsi gambar bilik yang terletak di Shah Alam, di mana sewanya adalah RM700 sebulan.

Berdasarkan gambar tersebut, bilik itu mempunyai ruang yang terhad dan dilengkapi dengan katil saiz single, meja belajar, kerusi, penghawa dingin, dan almari kecil.

Tidak menghairankan bahawa @fkadeya terkejut dengan harga tersebut dan merungut bahawa ia mustahil untuk tinggal di dalam bilik tersebut.

"Ini seperti saya secara sukarela meletakkan diri saya dalam sangkar hamster. Apa yang sedang berlaku?"

Ada juga netizen yang berkongsi gambar bilik kapsul di Cyberjaya yang disewakan dengan harga RM290 sebulan.

 

Dalam gambar tersebut, setiap bilik dilengkapi dengan pintu logam dan tangga untuk memasuki bilik tidur. Bagi dalaman, bilik dilengkapi dengan katil saiz single, bantal, dan penghawa dingin, dan ia digambarkan sebagai "fully furnished".

Ada juga netizen yang menyamakan bilik capsul ini dengan bilik mayat yang berada di hospital. 

Kat sini min nak share juga berapa range harga rumah jika korang jobseeker yang nak menetap di KL atau di Selangor.

 

Range Harga Rumah/Bilik Sewa Di KL/Selangor

Rumah Sewa RM1500 - RM3000
Bilik Sewa RM500 - RM1200

Semua harga ini bergantung pada lokasi, jenis rumah dan kemudahan yang disediakan. Walau bagaimanapun, harga sewa rumah di KL boleh berubah-ubah mengikut pasaran hartanah semasa. Sebelum mohon rumah sewa tu jangan lupa, korang kena pandai nego gaji dulu tau! Baca tips ni jika korang nak tahu! Klik disini 

 

Jika anda mencari peluang pekerjaan baru boleh cari di www.maukerja.my. Ada lebih 100k kerja kosong menanti anda! Tapi jangan lupa untuk check resume dengan RESUME CHECKER. Cuba semak RESUME anda secara PERCUMA disini > https://cutt.ly/p8zr02h