by Mas Jep
Anda mungkin pernah merasa tidak dihargai di tempat kerja anda. Mungkin anda bekerja keras tetapi tidak mendapat bonus atau kenaikan gaji. Mungkin anda menghadapi tekanan yang tinggi tetapi tidak mendapat sokongan atau penghargaan.
Seperti tweet yang tular dari ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) , tweet ini menunjukkan tangkapan skrin mesej dari seorang jobseeker yang mengadu tentang keadaan beliau yang tidak pernah mendapat bonus walaupun sudah bekerja selama 4 tahun. Tweet ini telah menerima banyak balasan dari pengguna lain yang bersimpati dengan jobseeker itu dan berkongsi pengalaman mereka sendiri.
Rata-rata majoriti daripada balasan netizen menggalakan beliau untuk mencari peluang kerja baru daripada bekerja dengan syarikat yang tidak menghargai pekerja mereka.