47% Rakyat Malaysia Tak Mampu Beli Rumah RM350,000 keatas!!
# Trending Semasa

47% Rakyat Malaysia Tak Mampu Beli Rumah RM350,000 keatas!!

post by MJ

by MJ

Mar 16, 2023
pada 9:49 AM

47% Rakyat Malaysia Tak Mampu Beli Rumah RM350,000 keatas!!

Rumah merupakan keperluan asas bagi setiap rakyat Malaysia, tetapi tidak ramai yang mampu untuk memiliki rumah idaman mereka.

Menurut Kajian Sentimen Pengguna 2023 H1 PropertyGuru Malaysia, sebanyak 47% responden di negara ini mempunyai bajet kurang daripada RM350,000 untuk pembelian hartanah mereka disebabkan isu kemampuan yang kekal sebagai fokus utama dalam kalangan pembeli rumah.

 

 

Kajian tersebut juga mendapati bahawa separuh pengguna di negara ini tidak mampu membeli rumah tanpa bantuan kerajaan, dengan hampir 3 daripada 4 responden menggesa kerajaan melaksanakan lebih banyak inisiatif untuk menangani isu kenaikan inflasi dan kos bahan binaan. Selain itu, kajian tersebut juga menunjukkan bahawa 2 dalam 5 rakyat Malaysia tidak mempunyai pemahaman jelas mengenai terma kelayakan skim perumahan mampu milik.

 

Pengurus Negara Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), Sheldon Fernandez berkata, cabaran kewangan berterusan yang dihadapi pengguna seperti dilihat dalam CSS H1 2023 PropertyGuru memberi lebih penekanan kepada kepentingan bantuan kewangan kerajaan dalam perjalanan pemilikan rumah rakyat Malaysia. Beliau menambah bahawa walaupun peningkatan gaji minimum terbaru sangat dialu-alukan, kenaikan inflasi turut meningkatkan perbelanjaan harian isi rumah yang menyebabkan simpanan bulanan rakyat Malaysia semakin berkurangan dan mereka perlu meminimumkan perbelanjaan tambahan.

 

Sheldon Fernandez juga berkata bahawa apa yang dilihat dalam pasaran sejak kebelakangan ini adalah bakal pembeli rumah berhasrat untuk membeli tetapi mereka terhalang dengan isu kemampuan yang dijangka akan terus membelenggu sehingga kos keseluruhan kehidupan distabilkan. Dengan ini katanya, pihaknya menjangkakan pengguna akan terus mengutamakan penyewaan berbanding pembelian hartanah dalam tempoh beberapa tahun lagi.

 

Sumber: propertyguru.com

 

Selain isu kemampuan, isu perubahan iklim turut menjadi kebimbangan utama bagi 98% responden Malaysia susulan tragedi tanah runtuh Batang Kali pada Disember 2022. Kajian tersebut turut merekodkan sekitar 52% pengguna bersedia membayar premium insurans lebih tinggi bagi melindungi hartanah mereka daripada kesan perubahan iklim.

 

Dengan itu, jelaslah bahawa rakyat Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk memiliki rumah di negara ini. Oleh itu, adalah penting bagi kerajaan dan pihak swasta untuk bekerjasama bagi menyediakan peluang dan sokongan kepada rakyat Malaysia agar mereka dapat mencapai impian mereka untuk memiliki rumah sendiri.