Keluarga Anggap Aku ni ATM!  Jutawan Ni Menyamar Sebagai Orang Miskin Supaya Tak Kena Pau Dengan Keluarga
# Trending Semasa

Keluarga Anggap Aku ni ATM!  Jutawan Ni Menyamar Sebagai Orang Miskin Supaya Tak Kena Pau Dengan Keluarga

post by MJ

by MJ

Apr 5, 2023
pada 8:46 AM

Keluarga Anggap Aku ni ATM!  Jutawan Ni Menyamar Sebagai Orang Miskin Supaya Tak Kena Pau Dengan Keluarga



Ada setengah orang suka tunjukkan mereka ni kaya namun ada juga jenis yang tak suka kongsikan kekayaan dengan orang lain. Baru-baru ini, seorang jutawan dari luar negara kongiksan bahawa beliau menyembunyikan sebahagian besar kekayaannya dari keluarganya, dengan menyewa sebuah apartment yang buruk untuk menipu mereka ketika mereka melawat beliau, membuatkan keluarganya berfikir bahawa beliau sebenarnya  tidak kaya.

Beliau berkongsi dalam thread True Off My Chest bahawa beliau "tidak akan pernah Walaupun beliau adalah seorang jutawan, namun ketika keluarganya datang berkunjung, beliau akan berpura pura seperti tidak kaya, "Semua ini dimulai ketika saya pergi belajar di luar negeri. Ketika saya lulus dan mendapat pekerjaan pertama, ibu saya terus bertanya berapa banyak gaji yang saya dapat setiap bulan." Usahawan ini memutuskan untuk tidak memberitahu kekayaannya selepas keluarganya mengambil kesempatan dengan  selalu meminta wang dan paksa untuk membayar pecutian keluarga secara percuma. 

 

Beliau mendedahkan bahawa apabila dia mendapat gaji pertamanya, ibu bapanya "memaksa" beliau membayar segala-galanya semasa mereka melawatnya. Beliau juga kongsikan: "Jika dilihat semula, mereka tidak terlalu peduli tentang saya, mereka hanya mahukan percutian percuma dan menjadikan saya sebagai pemandu pelancong / ATM / dan sebagainya."