Isteri KECEWA Suami Tipu GAJI RM2,500 Tapi Sebenarnya RM1500 JER !
# Trending Semasa

Isteri KECEWA Suami Tipu GAJI RM2,500 Tapi Sebenarnya RM1500 JER !

post by MJ

by MJ

Apr 11, 2023
pada 12:01 PM

Isteri KECEWA Suami Tipu GAJI RM2,500 Tapi Sebenarnya RM1500 JER !


Perkahwinan adalah komitmen yang memerlukan kejujuran, kepercayaan, dan transparansi. Namun, apakah yang terjadi jika salah seorang pasangan tidak jujur ​​tentang perkara penting seperti situasi kewangan mereka? Seperti dikongsikan oleh seorang wanita ini di forum maukerja dimana situasi sukar yang dihadapi bersama suaminya..Sebelum berkahwin, suami telah memberitahu isterinya bahawa gajinya adalah RM2500, tetapi selepas berkahwin, dia mengetahui bahawa sebenarnya hanya RM1500. Ini merupakan perbezaan yang besar, dan ia membuatkan isterinya tertanya-tanya berapa lama suaminya telah membohonginya. 

 

 

Namun, bukan hanya gaji yang menyebabkan masalah dalam perkahwinan mereka. Apabila isteri meminta suaminya untuk merayakan hari jadi bersamanya ibu mertuanya di sebuah kafe , suaminya mengeluh tentang kos dan mencadangkan agar mereka pergi ke tempat yang lebih murah. Ini membuat beliau rasa kecil hati dan seperti tidak dihargai.


“ Sewa rumah pun i yang bayar min, macam mana ni min? Baik i hidup bujang kalau semua i yang bayar”

 

Situasi semakin teruk apabila pasangan itu pergi membeli barang-barang dapur bersama-sama, dan suami berkeras untuk membeli keperluan asas dan tidak menghabiskan lebih daripada RM50. Ini membuat beliau rasa terbeban kerana beliau rasa seperti beliau pula ketua keluarga.



“I dah hilang sabar sampai i cakap kat dia kalau dia tak mampu nak tanggung i dah better lepaskan i “



#MauLuah : Jika korang ingin meluahkan perasaan boleh buat di forum kami, sila klik link di bawah