5 Hikmah Andaikata Diarahkan Bekerja Pada Hari Raya Aidilfitri Nanti
# Pengetahuan Pekerja

5 Hikmah Andaikata Diarahkan Bekerja Pada Hari Raya Aidilfitri Nanti

post by MJ

by MJ

Apr 16, 2023
pada 3:32 PM

Dah plan elok - elok nak balik raya mana tahun ni, boss pula dah pesan awal - awal:

 “Raya nanti kau masuk eah”

Sedihnya lahai kena bekerja di hari raya. Keluarga semua dah berkumpul di kampung menikmati juadah raya, kita dekat bandar ni menahan sebak didada. Sabarlah diknon, daripada kita menangis tak dapat apa, baiklah kita husnudzon. Raya kan sebulan?

Dalam kita berkorban, sebenarnya ada banyak kelebihan bekerja pada Hari Raya Aidilfitri ni. Tak percaya? Cuba tengok 5 kelebihan ini. Orang yang kena bekerja sewaktu raya je yang boleh rasai 5 kelebihan ini. Korang memang beruntung!

1. Terselamat Daripada Kena Bagi Duit Raya

Adik beradik ada 7, anak buah ada 15, belum kira sepupu sepapat boifren gelpwen lagi. Botak kepala memikirkan nak bagi duit raya ni kan? Tapi kali ni selamatlah dompet korang sebab tak balik raya pun kan? Boleh lah buat belanja pergi tengok movie ke hiburkan hati. Harap korang yang kena bekerja sewaktu raya ni bersabar ya. 

2. Jalan Kosong Seakan Pekan Zombi

Kalau selama ni 18 jam atas jalan macam pergi haji, jangan risau sebab kalau kena kerja waktu raya ni memang jalan semua lengang! Orang duk stress laki bini dalam kereta, kita relax je santai pergi kerja. Nak buka tingkap dan nyanyi lagu Dendang Perantau sambil menangis mengenangkan tak dapat balik raya pun boleh. Ikut suka hati korang lah.

3. Nak Parking 3 Petak? Boleh!

Kalau hari biasa, nak jumpa parking kosong punya lah susah. Sampai kena pusing 2-3 kali, akhir sekali terpaksa parking dekat tengah panas. Siapa yang bekerja waktu raya ni memang beruntung sebab ambil je lah mana-mana petak kosong yang korang nak. Nak parking sampai 3-4 petak pun boleh, tak ada siapa yang akan marah. Nak ambil parking bos pun boleh sebab dia pun balik raya, korang je tak. 

4. Office tu korang punya

Waktu ini lah masa terbaik untuk korang nak pasang lagu kuat-kuat sebab selama ini ada je mata-mata yang memandang kan? Kalau nak tidur waktu lunch break pun boleh sebab tak ada siapa nak tegur. Boleh dikatakan 90% office tu kosong. Paling best tak ada orang nak kacau sebab diorang sibuk beraya!

5. Gaji Masyuk!

Ini lah yang paling orang nak! Bila lagi nak dapat gaji double atau triple tapi kerja santai kan? Berbaloi lah tak balik beraya first day. Nanti boleh juga balik minggu depannya ke kan? Siap belanja parents lagi. Azab jalan jam pun dah lepas. Berbaloi - baloi.

Jadi, korang jangan sedih - sedih okay? Begitulah kehidupan. Kalau tak ada orang kerja, siapa nak jual ais, siapa nak selamatkan nyawa, siapa nak padamkan rumah terbakar dan sebagainya. Betul tak? 

Kalau nak cari kerja musim Raya ni jemput lah join group Telegram kami;

Karnival Kerjaya - [KLIK DISINI]

Kerja Kosong F&B dan Retail - [KLIK DISINI]

Internship/Latihan Industri - [KLIK DISINI]