"Ambil Kos Pertanian Tu Nanti Kerja Kat Kebun Ke?" Dah 2016 Masih Ada Lagi Mentaliti Kolot Macam Ni
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa

"Ambil Kos Pertanian Tu Nanti Kerja Kat Kebun Ke?" Dah 2016 Masih Ada Lagi Mentaliti Kolot Macam Ni

post by Aisya

by Aisya

Jun 27, 2016
pada 1:25 AM

Patut ke kawan sendiri malah keluarga pun boleh perli belajar kos yang bagi diorang tak menjamin masa depan. Rupa-rupanya wujud lagi manusia yang memperlekeh korang ambil jurusan apa dekat universiti. Mungkin bagi diorang ni, kos engineering, medik dengan law je kot yang gempak? Macam dalam cerita P. Ramlee lah 'Ibu Mertuaku' siap tanya lagi "Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?" Huhu..

"Tahun 2016, masih ada lagi manusia yang berfikiran sempit."

Rupanya masih ramai tak berapa nak faham atau kenal apa itu jurusan Sains Pertanian. Mungkin nama bidang itu sendiri dah boleh bagi korang petunjuk, mesti berkaitan dengan pertanian lah kan? Tapi secara keseluruhannya, bukan itu je. Jangan lah ingat kalau ambil bidang ni 24 jam je bertani. Salah tu. Ni ada seorang netizen berkongsi macam mana pedihnya kena perli dengan orang ramai bila diorang tanya "belajar kos apa dekat univerrsiti?"

Apa salahnya belajar Sains Pertanian?

Tak baik kalau korang perlekehkan kawan-kawan sendiri, lagi-lagi kalau keluarga sendiri. Sepatutnya korang support dan yakin pada dia bukannya ketawakan dan buat jadi bahan lawak. 

Orang ingat kalau belajar kos Sains Pertanian ni kerja dia berkebun je kot? Tak ada pergi kelas macam orang lain hadap projector bukak buku ada exam semua. Diorang bayangkan yang budak-budak belajar kos ni sepanjang masa bertani tanam jagung, sayur apa kot. Kecil betul visi korang ni. Hmm..

"And to be honest masyarakat cina sangat sokong pertanian"

Ini sesuatu realiti pada masyarakat kita. Perkara yang bagi orang melayu nampak macam lawak-lawak je bagi masyarakat lain diorang betul-betul serious. Diorang tengok pada sudut bisnes, duit, macam mana sesuatu ni boleh bagi hasil lumayan. Sebab itu dorang selalu maju ke hadapan.

Cuba tengok dekat pasaraya besar, yang bekalkan ayam mentah beratus-ratus ekor sehari tu siapa? Orang Melayu okay, tak kisah pun apa yang orang lain katakan tapi yang penting poket dia penuh. Kalau makin ramai golongan muda ceburi bidang ni, kebergantungan kita pada product luar akan berkurangan. Haa.. terdiam korang.

 "Parents cakap intern kat pasar ke nanti"

Ingat lah kos ni lumayan pulangan dia. Tanpa petani moden semua ni tak ada lah sumber makanan untuk tampung rakyat Malaysia ni. Kos ni bukan hanya ajar benda basic pasal pertanian okay. Mereka juga dilatih bagaimana untuk kendalikan business nanti, bila dah buat bisnes tanaman besar-besaran boleh export-import ke negara luar. Haa.. bukan main-main tau. 

Kepada ibu bapa atau kawan-kawan yang ada kenalan belajar jurusan ni, teruskan support diorang. Nanti bila diorang dah berjaya baru korang terdiam malu.