Majikan Wajib Bagi Cuti Hari Buruh!
# Pengetahuan Pekerja

Majikan Wajib Bagi Cuti Hari Buruh!

post by MJ

by MJ

Apr 26, 2023
pada 12:25 PM

Tahun ni ramai yang gembira dapat cuti raya panjang. Ada yang sampai 2 minggu sebab kebetulan Hari Buruh pun beberapa hari sahaja selepas raya. Ada yang tak tahu Hari Pekerja ni antara hari yang WAJIB diberi cuti di Malaysia.

Mengikut Akta Kerja 1955:

Setiap syarikat akan diberikan 11 hari cuti berbayar setiap tahun. Untuk pengetahuan, majikan TIDAK DIWAJIBKAN untuk memberikan setiap cuti umum kepada pekerja, KECUALI :

  1. Hari Kebangsaan
  2. Hari Keputeraan YDP Agong
  3. Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
  4. Hari Pekerja
  5. Hari Malaysia

Baki 6 hari lagi terpulang kepada majikan untuk pilih mana-mana hari yang diwartakan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Cuti Kelepasan Am 1951.

Jika diperlukan dan diarahkan majikan untuk bekerja pada hari tersebut, bayaran tambahan perlu dibayar [Rujuk Seksyen 60D (3) Akta Kerja 1955]

(i) Dua hari upah pada kadar biasa (untuk pekerja yang diambil bekerja secara bulanan, mingguan, harian dan jam atau lain-lain kadar bayaran yang serupa dibayar); atau

(ii) Dua kali ganda kadar biasa bagi satu kerja (untuk pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja)

ATAU

Mengikut persetujuan dan perjanjian antara majikan dan pekerja, pekerja berhak mendapat cuti ganti pada hari lain sebagai cuti Umum berbayar.

Untuk yang bercadang nak cari kerja baru lepas cuti ni, jemput join group Telegram kami , setiap hari min bagi kerja kosong untuk semua bidang, semua negeri, semua position!

Karnival Kerjaya - [klik sini]

Kerja Kosong F&B dan Retail - [klik sini]

Internship/Latihan Industri - [klik sini]