4 Pekerjaan yang Terancam & Bakal Diganti Dengan ChatGPT Dalam Masa 5 Tahun Nanti!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

4 Pekerjaan yang Terancam & Bakal Diganti Dengan ChatGPT Dalam Masa 5 Tahun Nanti!

post by MJ

by MJ

Apr 27, 2023
pada 6:05 PM

4 Pekerjaan yang Terancam & Bakal Diganti Dengan ChatGPT Dalam Masa 5 Tahun Nanti!

 

Kemunculan teknologi semakin mempengaruhi kehidupan kita termasuklah ChatGPT. Korang tahu ke ChatGPT juga berpotensi untuk mengancam pekerjaan manusia di masa depan. Dalam penulisan kalini, admin akan share dengan korang 4 pekerjaan yang bakal terancam akibat kemunculan ChatGPT ini.

 

 

Antara pekerjaan yang terancam ialah:

 

1. Penulis Berita dan Konten Digital

ChatGPT ni kalau korang nak tahu ia memiliki kemampuan untuk menghasilkan teks yang berkualiti dan dapat difahami oleh pembaca, termasuk konten digital dan berita. Hal ini bermaksud pekerjaan penulis konten digital dan berita akan terancam, karena ChatGPT mampu menghasilkan teks yang serupa dengan manusia dalam waktu yang lebih singkat tapi tetap berkualiti.

 

2. Penterjemah

Pekerjaan penterjemah juga berisiko diganti oleh ChatGPT. Hal ini kerana ChatGPT dapat menerjemahkan pelbagai bahasa asing ke dalam bahasa lain dengan bahasa yang mudah difahami.

 

3. Pendidik

Memang tidak dinafikan, kehadiran ChatGPT juga menimbulkan kebimbangan dikalangan pendidik seluruh dunia kerana ia terbukti berupaya mengambil alih tugas sebagai pendidik. Malah, pelajar-pelajar hari ini juga cenderung untuk ‘bertanya’ dengan ChatGPT terlebih dahulu berbanding mencari jawapan dalam buku atau berbincang dengan guru mereka.

 

4. Customer Service dan Layanan Pelanggan

ChatGPT dapat digunakan sebagai chatbot yang dapat merespon pertanyaan pelanggan dengan cepat dan tepat. Ini membuat pekerjaan customer service dan layanan pelanggan terancam, karena ChatGPT mampu menghasilkan respon yang cukup mirip dengan manusia.

 

Kesimpulannya, kemunculan ChatGPT memang menakutkan bagi beberapa pekerjaan, namun kita tidak boleh menyalahkan teknologi semata-mata. Sebagai manusia, kita harus belajar untuk adapt dengan perubahan. 







Oleh : AniMK