"Kerja kau siapa nak buat...aku?" Lelaki dibuang kerja sebab isteri tak bersalin ikut due date!
# MauLuah

"Kerja kau siapa nak buat...aku?" Lelaki dibuang kerja sebab isteri tak bersalin ikut due date!

post by Ani

by Ani

May 3, 2023
pada 5:02 PM

"Kerja kau siapa nak buat...aku?" Lelaki dibuang kerja sebab isteri tak bersalin ikut due date!

Seorang lelaki yang baru sahaja menimang cahaya mata telah dibuang kerja secara tiba-tiba tanpa sebarang notis mahupun alasan munasabah oleh penyelianya. Keadaan ini terjadi selepas lelaki tersebut ingin memohon cuti selama satu minggu kerana isterinya bersalin.

Lelaki tersebut telah memaklumkan kepada penyelianya mengenai tujuan permohonan cutinya. Namun, jawapan yang diterima daripada penyelianya agak mengecewakan kerana lelaki tersebut disoal pula oleh penyelianya kenapa isterinya yang dijangka bersalin pada 25 Mei tiba-tiba bersalin awal dan penyelianya turut berkata;

"Habis you punya kerja macam mana, siapa nak buat? Aku?" balas penyelia lelaki terbabit.

Setelah beberapa usaha rayuan untuk memohon cuti dilakukan, lelaki tersebut masih gagal mendapatkan cuti untuk menjaga isterinya yang bersalin dan penyelianya siap mengarahkan dia untuk berhenti kerja. Keputusan tersebut amat memeranjatkan kerana lelaki tersebut terpaksa kehilangan pekerjaan tanpa alasan yang munasabah. 

Keesokannya, lelaki tersebut menghubungi lagi sekali penyelianya tapi jawapan penyelianya tetap sama dan memberitahu lelaki tersebut untuk mengambil gaji terakhir pada 7hb Mei ini. Penyelianya juga bagitahu bahawa syarikat sudah dapat cari pengganti untuk jawatan lelaki tersebut. 

Ramai warganet tidak berpuas hati dengan penyelia tersebut dan bersimpati dengan kejadian yang menimpa lelaki tersebut. Kesimpulannya, majikan perlu memberi ruang kepada pekerja yang memerlukan cuti untuk menjaga ahli keluarga mereka yang sakit atau memerlukan penjagaan dan janganlah berhentikan seseorang tanpa alasan yang munasabah.

 

Korang nak jimatkan masa cari kerja tanpa perlu mohon kerja satu per satu?

Apa kata korang drop je resume korang & biar AI auto tolong carikan kerja untuk korang 3x lebih cepat.

Jika nak AI tolong carikan kerja, klik di sini