6 Wanita Malaysia Ini Buktikan Yang Kaum Wanita Juga Mampu Untuk Melakukan Kerja Lelaki
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup

6 Wanita Malaysia Ini Buktikan Yang Kaum Wanita Juga Mampu Untuk Melakukan Kerja Lelaki

post by Aisya

by Aisya

Jun 27, 2016
pada 6:42 AM

Kalau cakap pasal bomba atau askar mesti dalam kepala rujuk kepada kaum lelaki kan? Kerja-kerja berat yang perlukan tenaga ni kebiasaannya dimonopoli oleh kaum lelaki. Dalam movie pun selalunya yang hero kerja sukar ni mesti lah pelakon lelaki kan? Macam fighter pilot dalam cerita Top Gun tengok lah, mesti karakter lelaki macho macam Tom Cruise. Berpakaian uniform leather jacket siap spek mata hitam lagi. Fuyoo..

Atau kalau cakap pasal inspektor atau lawyer ke mesti terbayang legend Mark Harmon dalam NCIS kan? Ataupun Christopher Meloni dalam Law And Order betul tak? Macho je tangan letak dalam poket lepas tu pakai spek hitam. 

Jarang kita nampak kaum wanita dalam league ni kan? Tapi korang perasan tak dalam setiapa movie tu mesti ada superwoman juga. Macam Law And Order jangan lupa Mariska Hargitay yang muka cool dan cantik tu. Dalam NCIS ada Ziva David yang hebat dan lincah. Jadi kaum wanita ni dengan kaum lelaki sama tak kurang hebatnya dalam movie. 

Bercerita pasal wanita yang turut memonopoli bidang lelaki ni, di sini kami berikan wanita-wanita hebat dari Malaysia yang hebat dan harumkan nama Malaysia ni. Siapa mereka tu?

1. Major Patricia Yapp Syau Yin: Juruterbang Tempur, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Major Patricia Yapp adalah juruterbang pejuang MiG-29 wanita pertama Asia.  Bayangkan, wanita pertama kot yang diberi kebenaran untuk terbang pesawat pejuang. Hebat tak? Kini, beliau berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di TUDM dan menjadi seorang ibu sepenuh masa kepada dua kanak-kanak.

Kalau korang rasa dia melalui latihan yang mudah disebabkan jantina dia, korang ternyata silap. Major Patricia Yapp melalui latihan yang sama sahaja macam orang lain, latihan fizikal yang kental, latihan di lapangan sama macam juruterbang di TUDM yang lain. 

2. Peng Xue-er: Salah seorang daripada kumpulan pertama ahli bomba wanita Malaysia

Fizikal Peng Xue-er sewaktu latihan kalau sekali imbas memang nampak macam gaya lelaki. Dengan rambut pendek dia, dan warna kulit yang hitam manis sebab latihan berjemur bawah panas. Sehinggakan ibu bapanya menasihati beliau untuk berhenti sebab kerja itu terlampau berat buat seorang wanita.

Sehingga sekarang beliau masih terus  berkhidmat sebagai anggota bomba. Korang percaya tak beliau sampai langsungkan perkahwinan dekat balai bomba tau! Beliau berkata yang beliau bersedia untuk berkhidmat sampailah dia bersara.

3. Tan Sri Dr. Salma Ismail: Doktor wanita pertama Malaysia

Doktor wanita sekarang sudah ramai dan dah biasa nampak di hospital. Tapi waktu zaman Tan Sri Dr. Salma Ismail dulu, susash untuk nak jumpa doktor wanita. Beliau lah wanita yang pertama layak untuk menjadi doktor di Malaysia pada tahun 1949. Dr. Salma adalah seorang pelajar medik yang bijak. Berasal dari Kedah, beliau lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlangnya.

4. Sybil Kathigasu: Pejuang rintangan Perang Dunia II serta seorang jururawat

Jururawat Sybil Kathigasu serta suaminya, Dr. A. C. Kathigasu kendalikan underground hospital di rumahnya Papan, Perak semasa pendudukan Jepun di Malaya. Beliau juga secara diam-diam menyembunyikan radio untuk berikan info kepada rakan-rakan pejuang yang lain.  

Malangnya, Sybil dan suaminya ditahan pada 1943 oleh pihak tentera Jepun. Walaupun dikatakan telah dikenakan pelbagai seksaan seperti yang paling popular "water treatment" beliau kekal senyap dan tak beritahu siapa-siapa. Dia juga adalah wanita Malaysia pertama yang diberikan anugerah George Medal. 

5. Datuk Dr. Mazlan Othman: Bekas Pengarah Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA)

Bukan sahaja dia astrofizik wanita pertama di negara ini, beliau juga adalah seorang pelajar perempuan yang pertama untuk mendapatkan Ph.D beliau dalam Fizik dari University of Otago, yang diasaskan pada tahun 1869. 

Dr. Mazlan telah dua kali dilantik sebagai Pengarah UNOOSA , oleh kedua-dua Kofi Annan dan Ban Ki -moon. Salah satu daripada banyak pekerjaan beliau melibatkan menyelamatkan nyawa semua orang di planet ini, seperti mencegah perlanggaran dan serpihan ruang yang mungkin membahayakan kita.

6. Datuk Lim Phaik Gan: Duta wanita pertama Malaysia

Datuk Lim Phaik Gan , juga dikenali sebagai PG Lim , telah memecahkan rekod seawal usia muda lagi apabila beliau merupakan wanita Malaysia pertama yang menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Undang-undang ijazah dari Girton College, London. Apabila Rusuhan 13 Mei melanda, dan Parlimen Malaysia digantung, beliau lah salah satu wanita yang dilantik sebagai ahli Majlis Perundangan Negara yang mewartakan Rukun Negara.

Selepas majlis itu dibubarkan, beliau telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau juga merupakan duta kepada Yugoslavia, Austria, dan Komuniti Ekonomi Eropah.

7. Datuk Yvonne Chia: Ketua Pegawai Eksekutif bank wanita pertama Malaysia

Berapa ramai pengurus bank wanita yang korang kenal? Jarang kan? Apatah lagi pengurus bank wanita yang memegang jawatan tinggi. Datuk Yvonne Chia adalah wanita Malaysia pertama yang mengetuai bank komersial  serta pertama yang berkhidmat di RHB dan kemudian di Hong Leong Bank.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif RHB semasa krisis kewangan 1998. Kalau nak tahu beliau lah yang berjaya membantu dalam membaik pulih masalah yang dihadapi. Beliau juga merupakan wanita Malaysia yang pertama menerima CEO Eagle Pin.

*Sumber: Tonguechic