Kisah Sedih Lelaki Ini Diisytiharkan Bankrap Akibat Pinjaman Peribadi Yang DIPAKSA Oleh Ibu Bapa Untuk RENOVATE RUMAH!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Kisah Sedih Lelaki Ini Diisytiharkan Bankrap Akibat Pinjaman Peribadi Yang DIPAKSA Oleh Ibu Bapa Untuk RENOVATE RUMAH!

post by AzSyuk

by AzSyuk

May 9, 2023
pada 11:02 AM

Kisah Sedih Lelaki Ini Diisytiharkan Bankrap Akibat Pinjaman Peribadi Yang DIPAKSA Oleh Ibu Bapa Untuk RENOVATE RUMAH!
 

Hutang boleh menjadi bahaya jika tidak diurus dengan bijak. Baru-baru in tular di sosial media dimana  seorang lelaki Malaysia terjebak dalam keadaan yang sukar setelah diisytiharkan bankrap kerana tidak dapat membayar balik pinjaman peribadinya. Paling mengejutkan, hutang bank itu adalah diatas desakan ibubapa beliau.

Menurut entri di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia, individu Malaysia yang tidak mahu dikenali menerima pemberitahuan pengisytiharan bankrap dari mahkamah. Beliau telah mengambil pinjaman peribadi sebanyak RM200,000, tetapi beliau sukar untuk membayarnya semula. Malangnya, beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai kebankrapan dan tidak pasti apa yang akan berlaku terhadap hartanya.

Lelaki itu memiliki sebuah kereta terpakai, yang dibeli dan dibayar tunai, dan sebuah kad bank. Beliau tidak pasti sama ada keretanya akan dilelong oleh bank, atau kad banknya akan disekat. Selain itu, ibu bapanya tidak memberikan apa apa bantuan kepada beliau atas alasan ini adalah tanggungjawabnya sebagai anak.

Pinjaman peribadi itu digunakan untuk menambah bilik tidur dan porch di rumah keluarganya. Walaupun ia mungkin memberi lebih banyak ruang untuk keluarga, ia adalah keputusan kewangan yang buruk yang boleh dilakukan.

Kisah ini menjadi pengajaran kepada sesiapa yang mempertimbangkan untuk mengambil pinjaman peribadi. Adalah penting untuk menimbang segala-galanya dan mempertimbangkan terma pembayaran sebelum menandatangani perjanjian. Lebih penting lagi, cari nasihat kewangan dari pakar dan mengelakkan diri daripada dipaksa membuat keputusan kewangan oleh keluarga atau rakan-rakan.