Dulu pilot kapal terbang, sekarang jadi pilot van jenazah
# Trending Semasa # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Dulu pilot kapal terbang, sekarang jadi pilot van jenazah

post by Ani

by Ani

May 15, 2023
pada 5:29 PM

Dulu pilot kapal terbang, sekarang jadi 'pilot' van jenazah?!

Kesan pandemik Covid-19, kehidupan Ahmad Rashidi Mohd Nazri yang dahulunya seorang juruterbang pesawat komersial bertukar 360 darjah apabila kini menjadi pemandu van jenazah. Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun tidak kekok meneruskan 'kerjaya' baharunya itu walaupun sebelum ini bergelar Pegawai Pertama Boeing 777 dan mengendalikan pesawat menjelajah seluruh dunia sejak 11 tahun lalu.

Ahmad Rashidi berkata, dia sebelum ini menjadi juruterbang di sebuah syarikat penerbangan komersial terkemuka yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emriah Arab Bersatu (UAE) sebelum menyertai skim pemberhentian kakitangan susulan pandemik Covid-19. Katanya, sejak covid lalu dia kembali ke tanah air dan meneruskan kehidupan sambil mencari peluang lagi untuk kembali menyarung seragam juruterbang yang sudah sebati dengan jiwanya.

"Jika sebelum ini saya sibuk terbang ke merata destinasi seluruh dunia namun selepas berhenti kerja, banyak masa terluang dan saya anggap ini adalah waktu terbaik untuk mencari saham akhirat.

"Saya bertemu dengan Mohd Zulhairi Zainol yang menjadi sukarelawan pengurusan jenazah percuma Amalteam. Jadi saya tawarkan diri untuk menjadi pemandu van jenazah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan," katanya.

Kisah Ahmad Rashidi tular di laman sosial selepas perkongsian mengenai perubahan kerjayanya menarik perhatian warganet yang memuji tindakan bapa kepada anak perempuan berusia lima tahun ini. Beliau berkata, walaupun sudah meninggalkan kerjaya dengan gaji yang lumayan namun dia reda dan menganggap ia adalah masa untuknya kembali membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Katanya, kepuasan itu terbit apabila melihat mereka yang tidak berkemampuan khususnya dari segi kewangan dibantu dan sumbangan ini dapat membantunya di akhirat kelak.

"Jika kita fikir terkesan dengan pandemik ini tetapi sebenarnya masih ada lagi yang sudah terkesan sejak sekian lama kerana dihimpit kemiskinan dan masalah kewangan.

"Walaupun tidak lagi bergelar juruterbang, saya masih menaruh harapan agar dapat meneruskan kerjaya ini pada masa akan datang dan berharap industri penerbangan akan kembali pulih," katanya.

Kisah ini juga mengajarkan kita bahwa kebahagiaan tidak hanya bergantung pada kejayaan atau status pekerjaan, tetapi juga pada kemampuan kita untuk membagikan cinta dan kebaikan kepada orang lain. Ahmad Rashidi dengan tegar menerima perubahan dalam hidupnya dan menganggapnya sebagai peluang untuk mencari saham akhirat.


Korang nak jimatkan masa cari kerja tanpa perlu mohon kerja satu per satu?

Apa kata korang drop je resume korang & biar AI auto tolong carikan kerja untuk korang 3x lebih cepat.

Jika nak AI tolong carikan kerja, klik di sini