by Ani
Dalam sebuah insiden yang memilukan di Chon Buri, Thailand, seorang wanita bernama May, yang berusia 49 tahun, berpura-pura curang dengan menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain dengan harapan dapat membuat suaminya 'jealous'. Namun, tindakannya itu berakhir dengan tragedi kerana suaminya membuat keputusan dengan mengakhiri riwayat hidupnya setelah mengetahui tentang kecurangan itu.
Kisahnya bermula apabila May merasa tidak bahagia dalam perkahwinannya kerana suaminya tidak berusaha dengan gigih untuk memberikan kehidupan yang lebih baik bagi keluarga mereka. Oleh itu, dia memutuskan untuk berpura-pura bercinta dengan lelaki lain dengan harapan suaminya akan berasa cemburu dan akan berubah perilakunya untuk bekerja keras. May sering berlakon dan berbual melalui telefon dengan 'kekasihnya' di hadapan suaminya untuk membuatnya cemburu.
Tidak hanya itu, May juga mengugut dan ingin meminta cerai dan meninggalkan suaminya jika suaminya tidak berubah dan bekerja keras. Setelah mendengar ugutan itu, suaminya mengatakan bahawa dia akan mengakhiri hidupnya jika benar-benar May berbuat curang.
Akhirnya, dengan rasa takut yang melanda, May mengaku bahawa dia hanya berpura-pura. Tetapi sayang, semuanya sudah terlambat karena suaminya benar-benar mempercayai lakonannya itu. Beberapa hari kemudian, May menerima panggilan telefon dari pihak polis yang bertanya tentang suaminya, kerana mereka menerima laporan tentang catatan bunuh diri yang suaminya tulis di laman sosial.
Dalam catatan itu, tertulis, "Saya berharap semua orang bahagia. Dia adalah orang yang baik, tetapi saya tidak. Selamat tinggal semua."
May mencuba menghubungi suaminya berkali-kali, tetapi sia-sia kerana ia bertukar tragis. Keadaan kehilangan suaminya terjawab ketika polis menemukan jenazahnya di hutan yang berdekatan dengan rumah mereka. Saat ditemukan, mayat suaminya sudah terbaring di tanah dengan tali nilon terikat pada ranting pohon yang sudah patah. Jenazah kemudian dibawa ke rumah sakit untuk dilakukan pemeriksaan lebih lanjut.
Insiden tragis ini menjadi pengajaran bagi kita semua tentang pentingnya komunikasi yang jujur dan saling memahami dalam perkahwinan.
Sebagai pasangan, penting untuk saling mendengar dan mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan hubungan dan menyelesaikan masalah. Kita harus belajar dari tragedi ini dan menghindari langkah-langkah yang tak patut dilakukan seperti yang dilakukan oleh pasangan ini.
Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu…Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.
Membantu anda mengembangkan kerjaya anda dengan lebih baik