Menyesal jadi suri rumah dan dihina 'tumpang' harta suami
# MauLuah

Menyesal jadi suri rumah dan dihina 'tumpang' harta suami

post by Ani

by Ani

May 28, 2023
pada 4:22 PM

Menyesal jadi suri rumah dan dihina 'tumpang' harta suami

Dalam keinginannya untuk mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih, banyak isteri yang sanggup meninggalkan kerjaya mereka demi tanggungjawab terhadap keluarga. Namun, menjadi seorang suri rumah sepenuh masa bukanlah perkara yang mudah dilakukan, terutama ketika berhadapan dengan persepsi negatif dari orang-orang yang berfikiran sempit dan anggap tumpang harta suami semata-mata.

Melalui pengakuan seorang wanita yang enggan dikenali, dia merasakan kesedihan apabila keluarganya merendahkannya kerana tidak memiliki pekerjaan dan pendapatan sendiri. Wanita tersebut berkongsi di Twitter, "Saya ingat waktu kami masih bercinta dulu, sangat bahagia. Setelah memiliki anak, saya memutuskan untuk berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Saya ingin menjadi ibu dan isteri terbaik untuk keluarga kecil saya. Suami saya tidak menghalang keputusan saya ini."

Namun demikian, niatnya yang tulus juga diiringi perasaan kesunyian ketika dia sendirian di rumah sementara suaminya bekerja. "Saya tidak memiliki kawan untuk berbicara sepanjang hari. Rutin saya sama setiap hari. Memasak sarapan untuk suami, membersihkan rumah, dan mengurus anak. Itulah rutin harian saya. Ketika suami pulang ke rumah, sudah malam, dia penat, mandi, dan langsung tidur. Tidak sempat berborak apa-apa karena esok pagi jam 6:30 dia sudah pergi ke pejabat," kata wanita itu sambil mengungkapkan perasaannya.

Yang lebih menyedihkan bagi wanita ini adalah segala jasa dan pengorbanannya sebagai seorang suri rumah nampaknya langsung tidak dihargai. "Saya rasa semenjak saya tidak bekerja ni, ramai yang layan saya macam tak ada perasaan. Saya faham yang sekarang saya tidak boleh bagi duit bulanan atau belanja orang tua bercuti & makan-makan seperti dulu lagi.

"Tapi jangan perlakukan saya seolah-olah tidak penting. Perlakukan saya acuh tak acuh dan berat sebelah” ungkap wanita itu dengan hati yang terluka. Hati yang sudah terluka semakin terasa ketika keluarga dari pihak suami juga memberikan perlakuan yang tidak adil kepada wanita tersebut. "Ketika saya pergi ke rumah mertua, saya je yang selalu kene memasak di dapur dan diarah itu ini sebab adik beradik suami semuanya bekerja.

"Saya hanya seorang suri rumah, jadi saya tidak bernilai bagi mereka. Tempat saya memang di dapur sahaja," lanjut wanita itu. Situasi seperti itu membuat wanita ini menyadari realiti menjadi seorang suri rumah. "Inilah rupanya kenyataan dan perasaan menjadi seorang suri rumah. Saya membayangkan keluarga yang bahagia, menyambut suami pulang dengan anak-anak. Tapi kenyataannya, hidup saya sepi. Keluarga hanya memandang saya sebagai orang yang bergantung pada suami. Saya tidak menyumbang ekonomi untuk keluarga."

Kesimpulannya, menjadi seorang suri rumah sepenuh masa adalah pilihan yang tidak mudah dilakukan. Jadi, kita jangan sesekali memandang rendah kepada sesiapa yang menjadi suri rumah di luar sana dan perlulah layan mereka sama rata. 

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu…Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.