Kerja gomen je tapi terpengaruh culture tunjuk hidup mewah sesama officemate sampaikan hidup sengsara
# Gaya Hidup # MauLuah

Kerja gomen je tapi terpengaruh culture tunjuk hidup mewah sesama officemate sampaikan hidup sengsara

post by Ani

by Ani

May 29, 2023
pada 1:55 PM

Kerja gomen je tapi terpengaruh culture tunjuk hidup mewah sesama ‘officemate’ sampaikan hidup sengsara

Sudah banyak berita yang dikongsikan di media arus perdana mahupun media sosial mengenai kes jenayah ataupun bankrap gara-gara berhutang. Paling menyedihkan, kebanyakan kes berkenaan melibatkan golongan muda. Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), seramai 10,302 individu membabitkan golongan muda berusia 25 hingga 35 tahun diisytiharkan bankrap bagi tempoh lima tahun akibat pelbagai faktor terutamanya pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan dan pinjaman perniagaan yang menyebabkan hidup sengsara walaupun sudah kerja.

Melihat trend yang membimbangkan itu, seorang pengguna Facebook, @XiaVerEKeng tampil berkongsi nasihat kepada golongan muda agar menjauhi tabiat suka membuat pinjaman sehingga akhirnya terbeban dengan hutang. Menurut individu berkenaan, dia terpanggil untuk berbuat demikian selepas menyaksikan kebanyakan rakan-rakannya kini sengsara gara-gara terlalu mengikut nafsu muda.

"Nasihat aku untuk anak muda bawah 30an. Janganlah terjebak dengan hutang sebab korang masih muda dan belum cukup asam garam, darah muda. Lagi pula zaman media sosial sekarang ni masing-masing berlumba nak tunjuk itu ini. Dengan hutang ni kalau tersilap langkah, kau bergaji M40 pun boleh downgrade kepada B40. Aku bekas kakitangan kerajaan, banyak yang aku tengok officemate aku salah urus hutang. Terpengaruh dengan kawan-kawan. Daripada seorang yang positif berubah jadi negatif, terjebak dengan mesin, dadah, ahlong, bercerai-berai. "Sudahnya kerjaya kawan-kawan aku ramai yang terbabas sekerat jalan semuanya berpunca daripada hutang. Gali lubang tutup lubang," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsi di laman Facebook.

Tambah individu berkenaan, tiada gunanya bersaing dengan rakan ataupun orang sekeliling jika kesudahannya perlu menanggung sengsara. "Belajarlah hidup dengan apa yang ada je. Gajet, kereta, motor, rumah dan lain-lain pelan-pelan achieve dan rancang. Tak perlu pun nak bersaing dengan adik beradik, kawan-kawan siapa yang lagi hebat. Kawal nafsu. Hutang ni sangat bahaya, boleh jadi punca segala benda negatif akan datang," katanya. Malah ujarnya, apa yang lebih membimbangkan, hutang akan membuatkan seseorang itu gagal mencari jalan keluar sehingga tua gara-gara tersilap langkah.

"Belajarlah berjimat cermat, pakai apa yang ada dan semampunya. Percaya dengan rezeki, suatu masa nanti cepat atau lambat kau dapat juga. Apa guna kalau shortcut jiwa merana hati tak tenang," nasihatnya lagi. Hantaran individu berkenaan meraih 128 shares dan lebih 1,000 likes di Facebook.

Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pandangannya selain ada di antara mereka berkongsi pengalaman rakan masing-masing yang merana akibat terjebak dengan hutang. Dalam waktu yang sama, warga maya memuji pendekatan individu berkenaan kerana berkongsi perkara positif sebagai peringatan bersama.

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu…Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.