Naya! Isteri Mintak Cerai Hanya Kerana Tak Dapat Beli Sekampit Beras
# Trending Semasa

Naya! Isteri Mintak Cerai Hanya Kerana Tak Dapat Beli Sekampit Beras

post by Muni

by Muni

May 31, 2023
pada 3:41 PM

Tiada Kerja, Isteri Pula Minta Cerai dan Pemuda Dari Twitter Ni Telah Berjaya Kumpul Hampir RM2000 

Ketika dugaan sukar dihadapi seorang diri, Allah menghantar seseorang untuk membantu meringankan beban, kehidupan manusia tidak lepas dari dugaan. Lelaki ini tiada kerja, isteri pula minta cerai dan pemuda dari twitter ni telah berjaya kumpul hampir RM2000.

Seorang lelaki yang bernama Ikhwan berumur 29 tahun telah mendapat perhatian pengguna media sosial selepas kisah pertemuannya dengan seorang pengguna Twitter bernama TheUsopIbrahim. Pertemuan singkat ini memberi peluang kepada Usop merasai bagaimana lelaki itu diuji dengan dugaan yang amat berat. Mereka bertemu di Sunway Pyramid.

Dia kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dan kini isterinya meminta cerai. Dia juga perlu menjaga keperluan anaknya. Walaupun dia berusaha mencari pekerjaan yang halal, dan banyak borang yang sudah diisi tapi satu pun tak panggil dia balik. Segala usahanya menemui jalan buntu. 

Lepas semua usahanya sia-sia, air matanya mengalir kerana dia tidak tahu nak buat apa dan akibat tertekan. Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kondominium di belakang kilang gula dan dah hampir 3 bulan tidak mendapat gaji dan semasa dia bertugas pada waktu malam telah berlaku kes kecurian dan syarikat pengawal keselamatan dia telah dipersalahkan, dan diminta untuk cover damage salah satu caranya ialah potong gaji pekerja.

Dia juga berkata disebabkan syarikat tidak mahu pekerja lari mereka akan ganti balik duit gaji mereka tapi sampai kesudah tak dapat, jadi dia pun terpaksa berhenti dan berharap untuk dapat kerja lain. Ikhwan juga berkata isterinya meminta cerai akibat tidak dapat membeli beras. Walaupun dia telah membuat pelbagai cara dari meminta bantuan zakat sehinggalah dari ke masjid, satu pun tidak boleh menolongnya.

Jadi Usop telah membuat inisiatif untuk membantu Ikhwan dengan membuat derma kilat untuk membantu Ikhwan bertahan selama sebulan sementara menunggu gaji untuk kerja barunya. Dan Usop berjaya mengutip sebanyak RM1855.30

 

Sekarang ni semua benda boleh guna AI, ada tools baru yang boleh tolong cari pekerja

Klik je link dan akan dapat 100 candidate dalam masa 72 jam sahaja tau!