by Ani
Pengiraan bayaran kerja lebih masa/overtime (OT) setelah pindaan bergantung kepada perubahan waktu bekerja yang diperkenalkan mengikut pengurangan jam bekerja seminggu kepada 45 jam yang pekerja wajib tahu tahun 2023 ini. Berikut adalah dua contoh waktu bekerja baru yang mungkin dilaksanakan oleh sesetengah syarikat selepas pindaan tersebut:
6 hari seminggu, Isnin-Sabtu: 8.30 pagi - 5.00 petang (Tolak 1 jam rehat)
Jumlah jam seminggu = 45 jam (7.5 jam x 6 hari)
Jam HRP = 7.5
Cara pengiraan OT: (Menggunakan contoh 1 yang sama seperti di atas)
Gaji Asas: RM2,000
Jumlah Jam OT (Normal): 18 jam
Kadar OT (Normal): 1.5
= Gaji Asas / 26 (Hari ORP) / 7.5 (Jam HRP) x Jumlah Jam OT x Kadar OT
= 2,000 / 26 / 7.5 x 18 x 1.5
= 276.92
Jumlah bayaran OT Normal bagi Waktu Kerja 1 adalah RM276.92
6 hari seminggu, Isnin-Jumaat: 8.30 pagi - 5.30 petang (Tolak 1 jam rehat), Sabtu: 8.30 pagi - 1.30 petang (Separuh hari)
Jumlah jam seminggu = 45 jam (8 jam x 5 hari + 5 jam x 1 hari)
Jam HRP = 8
Cara pengiraan OT: (Menggunakan contoh 1 yang sama seperti di atas)
Gaji Asas: RM2,000
Jumlah Jam OT (Normal): 18 jam
Kadar OT (Normal): 1.5
= Gaji Asas / 26 (Hari ORP) / 8 (Jam HRP) x Jumlah Jam OT x Kadar OT
= 2,000 / 26 / 8 x 18 x 1.5
= 259.62
Jumlah bayaran OT Normal bagi Waktu Kerja 2 adalah RM259.62
Perhatikan bahawa terdapat perbezaan dalam kaedah pengiraan bagi kedua-dua waktu bekerja di atas, bergantung kepada jumlah jam bekerja biasa dalam setiap waktu tersebut.
Nota:
Untuk maklumat lanjut mengenai waktu bekerja baru dan kadar ORP/HRP, sila hubungi Pejabat Buruh terdekat.
Nak cari kerja mengikut kategori yang korang nak?
KLIK DISINI & Cari Pekerjaan Yang Anda Mahukan Berdasarkan Kategori!
Membantu anda mengembangkan kerjaya anda dengan lebih baik