Tinggal Berapa Hari Je Lagi Sebelum Raya. Korang Dah Ready Ke Dengan Persiapan Raya?
# Trending Semasa

Tinggal Berapa Hari Je Lagi Sebelum Raya. Korang Dah Ready Ke Dengan Persiapan Raya?

post by Aisya

by Aisya

Jul 1, 2016
pada 5:11 AM

Yay!!! Raya dah nak dekat ni. Beberapa hari je lagi kita nak meninggalkan Bulan Ramadhan. Yang dah ada dekat kampung tu mesti tengah sibuk buat persiapan raya kan? Masak dodol, ketupat, lemang hmm.. sedapnya. Memandangkan raya tinggal beberapa hari je lagi jom tengok apa persiapan akhir korang.

1. Shopping last minute

Benda ni biasa berlaku buat golongan lelaki sebenarnya. Kenapa? Sebab diorang ni jenis senang kalau nak membeli, Masuk je satu kedai terus dah dapat apa yang diorang nak kan. Tak macam kaum wanita, kalau boleh satu Jalan TAR tu pusing 6 kali nak cari tudung yang rata-rata dah jumpa dekat kedai yang pertama sekali singgah. Hihi.. maklumlah wanita ni dia nak tengok banyak pilihan dulu, lepas tu bandingkan harga semua.

Eh tapi ada juga kaum perempuan yang last minute baru nak shopping. Tak sempat nak beli dulu sebab tak ada masa, sibuk dengan kerja dan macam-macam lagi. Tak apa korang ada lagi masa untuk misi mencari baju raya. Selalunya benda yang nak shopping last minute ni tudung. Sebab tunggu tailor siapkan baju baru lah boleh nak cari tudung warna apa yang sesuai dengan baju ni. 

Tempat paling meriah kalau nak shopping last minute ni mesti lah dekat Jalan TAR. Meriah dia tu macam bukan malam raya. Sepatutnya bila dan malam raya orag sibuk duduk rumah nak siapkan makanan semua kan? Haa.. ini tak. Waktu ini lah sesuai untuk nak dapatkan barang-barang pada harga murah sikit. Penjual  lelong kuih raya sampai ada yang 3 balang RM20 ringgit je. Memang meriah.

2. Keluarkan pinggan mangkuk untuk tetamu

Haa.. ini memang wajib kena buatkan. Selalunya adik kecil yang ddippertanggungjawabkan untuk keluarkan pinggan cawan semua, basuh dan susun cantik-cantik. Kalau jenis emak yang suka kumpul koleksi pinggan mangkuk ni, dia akan bagitahu secara terperinci mangkuk nak guna yang mana, kalau gelas pula ambil yang set itu je, sudu garfu semuanya lah. Raya setahun sekali kan, waktu ini lah nak layann dan jamu tetamu. Jadi apa salahnya guna pinggan mangkuk yang terperap dalam almari tu je. Nak simpan untuk siapa?

3. Acara menganyam ketupat beramai-ramai

Selalunya malam sebelum nak raya ni makcik-macik dan nenek semua akan duduk ramai-ramai di  dapur dan mula menganyam ketupat. Orang otai je yang buat kerja ni sebab nak anyam ketupat perlukan kemahiran dan ilmu juga. SIlap anyam beras tumpah balik tak jadi ketupat dah, dia jadi benda lain. Huhu.. Waktu ni lah paling best untuk yang anak-anak kecil ni sibuk juga nak belajar cara untuk anyam. 

Tengah anyam ketupat dengar pula lagu raya, memang rasa suasana nak raya betul lah. Dan pada nenek-nenek pula, waktu ni lah diorang akan bercerita kisah pengalaman raya mereka zaman dulu-dulu, macam mana perangai mak ayah korang masa kecil. Seronoknya!

4. Pasang langsir baru

Setiap tahun mesti kena tukar langsir baru. Sebab memandangkan tak pernah nak tukar-tukar langsir, warna pun dah pudar, tambahan lagi bila ada kucing dah cakar-cakar habis koyak langsir. Jadi  masa ini lah nak tukar semua. Nak pasang langsir ni tak boeh nak buat awal-awal, sebab nanti dah berhabuk kotor balik. Jadi selalunya akan pasang waktu 2-3 hari sebelum raya. Betul tak? 

Memang menguji kesabaran betul bila nak masukkan penyanngkut tu dekat langsir. \kalau boleh tak nak buat, baik hadap tv tengok cerita kan? Tak apa lah raya cuma sekali setahun. 

5. Masukkan duit raya dalam sampul raya

Buat team yang dah bekerja, dan mak ayah ni dia istimewa sikit. Sebelum nak sambut raya wajib ada acara nak isikan duit raya dalam sampul raya. Waktu ni anak-anak la yang paling sibuk nak tolong sebab excited nak pegang duit baru. Masing-masing kira berapa ringgit nak bagi da untuk anak sedara lain sikit  nilai duit raya dia. Kena bahagikan duit raya untuk adik-beradik, sepupu, anak buah, jiran, dan budak-budak yang datang beraya. Tak apa lah kita bersedekah kan? 

Jadi macam mana persiapan korang setakat ni? Dah 100% ke bersedia nak raya?