Makanan Apa Yang Korang Paling Tak Sabar Nak Makan Bila Datang Open House?
# Trending Semasa

Makanan Apa Yang Korang Paling Tak Sabar Nak Makan Bila Datang Open House?

post by Aisya

by Aisya

Jul 4, 2016
pada 1:24 PM

Bila hari raya ni yang paling tak boleh tunggu mesti lah bila nak dapat jemputan ke rumah terbuka ni. Satu raya boleh lagi lah berseronok dengan keluarga saudara mara tapi bila dah menjelang 3 atau empat raya mesti penuh tentatif program dengan jemputan ke open house kan? Kadang-kadang tu sehari ada sampai 3-4 open house kena datang. Tapi tak terasa terbeban pun sebab siapa tak suka makan free kot!

Sebut pasal open house ni, juadah apa yang memang wajib korang akan serbu dulu kalau datang open house? Sini kami ada senaraikan makanan wajib yang memang tak akan terlepas pandang kalau datang rumah terbuka ni:

1. Kuih cornflakes madu

Kuih ni memang legend betul. Tak kira lah kalau dah berpuluh tahun dah berlalu kuih ni wajib tuan murah hidang. Satu balang kuih tu, dalam masa 5 minit je boleh habis. Tambah-tambah lagi kalau satu kumpulan datang beraya dan tuan rumah hidang sebalang je, memang boleh bawa bergaduh. Haha.. Tipu lah kalau korang tak suka kuih ni. Ini kuih wajib ada setiap tahun kot. 

2. Satay

Haa... ni kalau tuan rumah cakap ada hidang satay dari awal pagi lagi dah terpacak depan pintu rumah. Siapa yang boleh cakap tak pada satay kot. kalau ada hidang satay ni dah kira mewah lah sebab bayangkan beratus orang datang open house tu, seorang makan berapa cucuk? Buatnya yang jenis tak sedar diri dia sorang je yang 30 cucuk tak ke menggigil tuan rumah? Haha.. 

Satay ni memang menu wajib ada semasa rumah terbuka. Kalau tak ada terasa macam tak lengkap pula. Rumah siapa ada hidang satay tahun ni? Hehe..

3. Kambing golek

Huishh dengar nama je pun dah terkiur. Kambing golek ni nombor satu menu pilihan orang yang datang rumah terbuka ni. Pujaan hatii ramai. Bayangkan seekor kambing warna coklat keemasan elook je tersedia atas pemanggang tu. Tunggu masa untuk korang ambil dan ratah je. Hmm.. sedap betul. beringat sikit ye korang, jangan nak makan berpinggan-pinggan, nanti berpeluh-peluh satu badan tak larat nak drive balik. 

4. Bihun sup

Alaa.. kalau rendang, ketupat tu benda dah biasa nampak. Memang lah setahun sekali je boleh jjumpa, tapi kat rumah pun dah ada masak kan untuk pagi raya? Jadi bila nak pergi open house ni kena lah menu yang lain daripada biasa sikit. Selalunya tuan rumah mesti akan sediakan antara bihun sup atau pun mi kari. Lagi sedap bihun sup tu kalau letak sekali tulang daging sebesar tapak tangan. Sedap lah nak menghirup. Jadi siapa team bihun sup angkat tangan! 

5. Cendol

Makanan berat semua dah ada, jadi apa yang tak ada lagi? Pencuci mulut lah. Langkah je masuk open house tu tak sempat nak salam tuan rumah, mata dah melilau pandang sekeliling makanan apa yang ada. Awal-awal lagi dah buat plan nak makan apa dulu.

Mesti start dengan yang berat dan cepat habis dan last sekali penutup dia haruslah cendol. Selalunya waktu raya ni cuaca panas, bahang dan bila dapat hirup cendol memang satu nikmat lah. Lagi best kalau dapat cendol pulut. Hmmm.. sedapnya!