by Ani
Adakah anda mencari kereta yang sesuai dengan bajet gaji bulanan anda? Memilih kereta yang berpadanan dengan pendapatan anda adalah keputusan penting. Berikut adalah senarai kereta yang boleh dipertimbangkan mengikut gaji bulanan anda pada tahun 2023.
1)RM2000 dan ke bawah
Jika gaji anda dalam lingkungan ini, kami mencadangkan anda membeli kereta dalam julat harga RM20,000 hingga RM35,000. Antara pilihan yang bagus adalah Perodua Axia.
Perodua Axia (RM23,367 – RM33,940)
2)RM3000 dan ke bawah
Jika pendapatan anda adalah sekitar RM3000 sebulan, anda boleh membeli kereta dalam julat harga RM40,000 hingga RM60,000. Berikut adalah tiga jenis kereta yang sesuai untuk bajet ini:
Proton Iriz (RM40,800 – RM54,800)
Perodua Myvi (RM41,292 – RM52,697)
Perodua Bezza (RM33,456 – RM48,356)
3)RM3500 dan ke atas
Jika pendapatan anda melebihi RM3500 sebulan, anda boleh memilih kereta dalam julat harga RM70,000 hingga RM90,000. Berikut adalah beberapa pilihan:
Honda City (RM73,851.27 - RM86,221.45)
Honda Jazz (RM72,171.54 - RM84,615.45)
Toyota Vios (RM74,623.00 - RM87,584.00)
Ingatlah untuk sentiasa mengambil kira kemampuan kewangan anda sebelum membuat keputusan membeli kereta baru. Dengan merancang dengan bijak, anda boleh memiliki kereta yang sesuai dengan bajet anda.
Nak apply kerja dalam bidang F&B, Retails, Rider Warehouse atau Technician/ Engineer TAPI tak ada resume?? Jangan risau, dengan bantuan AI, anda tak perlu susah payah buat resume pun. MOHON KERJA TANPA RESUME DISINI!