Nak merasa Duduk Dalam Istana Dengan Gaji RM88,665 Setahun? Korang Ada Peluang Sekarang
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa

Nak merasa Duduk Dalam Istana Dengan Gaji RM88,665 Setahun? Korang Ada Peluang Sekarang

post by Aisya

by Aisya

Jul 11, 2016
pada 4:47 AM

Kecil dulu berangan-angan nak jadi puteri duduk dalam istana, tapi tak kesampaian. Sekarang pun korang boleh kalau nak berlagak puteri atau putera duduk dalam rumah agam besar tu. Tapi macam mana? Cara mudah nak dapat hidup mewah macam tu apa lagi, kahwin dengan kerabat diraja la kan? Hihi.. Ada lagi cara lagi senang kalau korang nak merasa jadi puteri.

Istana tu besar dia kalahkan padang bola sepak, berapa ratus bilik ada dalam istana tu. Jadi bila istana sebesar alam tu bayangkan pula berapa ramai pekerja yang diorang upah. Ini lah masa untuk korang yang berhasrat nak jadikan impian korang jadi kenyataan!

Pihak Istana Buckingham, London kini sedang mencari pekerja bagi mengisi beberapa jawatan khas di istana dan salah satu jawatan yang masih terebuka ialah sebagai pencuci pinggan Diraja. Dengar macam low-class je kerja, haa kalau nak tahu gaji yang ditawarkan adalah sebanyak  £ 17,000 (RM88,665) setahun!

Kerja cuci pinggan je gaji dah berpuluh ribu, siapa tak nak! Korang bukan sahaja berpeluang untuk bekerja di bawah Ratu Elizabeth II, malah korang juga merasa untuk tinggal di sana. Banyak faedah yang ditawarkan dan antaranya, cuti tahunan sebanyak 33 hari, 15% sumbangan kepada pelan persaraan dan makanan dan minuman juga turut diberi. 

Dengar macam best kan? Bukan macam best tapi memang best pun. Bagi yang teringin mahu mencuba, korang boleh tengok iklan jawatan tersebut yang dimuat naik di laman sesawang Istana Buckingham dan kalau dilihat ada banyak lagi kerja kosong yang ditawarkan.

Jadi selamat mencuba! Dah boleh fefeling duduk di istana pula.