Pegawai SPA Jelaskan Ini Antara 5 Kriteria Utama Yang Biasa Dinilai Dalam Temuduga SPA Yang Perlu Anda Take Note
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Pegawai SPA Jelaskan Ini Antara 5 Kriteria Utama Yang Biasa Dinilai Dalam Temuduga SPA Yang Perlu Anda Take Note

post by Ani

by Ani

Oct 27, 2023
pada 1:05 PM

Pegawai SPA Jelaskan Ini Antara 5 Kriteria Utama Yang Biasa Dinilai Dalam Temuduga SPA Yang Perlu Anda Take Note

Temuduga kerja dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan salah satu proses yang dialami oleh banyak individu. Bagi sesiapa yang pernah melalui temuduga SPA, pasti tahu bahawa ianya bukan hanya mengenai keputusan peperiksaan semata-mata. Terdapat beberapa aspek penting yang dinilai oleh panel temuduga.

Dalam Hari Bertemu Pelanggan SPA secara maya pada tahun 2021, seorang pegawai SPA berkongsi beberapa kriteria penilaian yang diberikan tumpuan dalam temuduga SPA. Untuk mereka yang berhasrat untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan awam, pengetahuan terhadap apa yang dinilai oleh panel adalah penting.

Berikut adalah senarai kriteria penilaian dalam temuduga SPA yang perlu difahami:

1) Keterampilan Panel

Temuduga akan menilai keterampilan calon dengan teliti. Ini termasuk kekemasan diri, keberkesanan komunikasi, sikap bersopan, dan kemampuan untuk berinteraksi secara mesra. Kriteria ini menjadi penilaian pertama yang dilakukan oleh panel.

2) Kerja Berpasukan

Kerja berpasukan adalah sifat yang diutamakan dalam kebanyakan pekerjaan. Dalam temuduga SPA, penting untuk menunjukkan semangat kerja berpasukan yang kuat. Ini merangkumi sifat toleransi, kesediaan untuk bekerjasama, kemampuan untuk memahami orang lain (empathy), dan sifat assertif.

3) Kepimpinan Kepimpinan adalah sifat yang amat dihargai dalam temuduga SPA.

Calon perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai ciri-ciri pemimpin yang diperlukan. Ini termasuk sifat terbuka, kemampuan untuk memfasilitasi, menunjukkan ketenangan dan keyakinan, mempunyai idea, dan memberikan komitmen sepenuhnya.

4) Jati Diri Sifat jati diri menjadi penilaian yang penting dalam temuduga SPA.

Panel akan menguji calon untuk melihat ciri-ciri seperti kepatuhan, sifat bertanggungjawab, ketahanan (resilience), disiplin, taat setia, dan kesungguhan.

5) Profesionalisme, Kompetensi & Kemahiran

Calon perlu menunjukkan sifat yang profesional, kompetensi, dan kemahiran yang relevan. Ini merangkumi kemampuan untuk menghasilkan kerja berkualiti dengan standard etika dan pengetahuan yang tinggi.

Kelima-lima kriteria ini adalah aspek penting dalam temuduga SPA. Bagi mereka yang berhasrat untuk berjaya dalam temuduga ini, persediaan yang baik dan penumpuan kepada perkara-perkara di atas adalah kritikal. Ingatlah, tiada pengalaman kerja bukanlah penghalang untuk mendapatkan pekerjaan dengan SPA. Tingkatkan kualiti diri dan buktikan bahawa anda layak untuk diambil bekerja dalam sektor perkhidmatan awam.

Semoga pengetahuan ini membantu semua calon yang sedang bersedia untuk menghadapi temuduga SPA.

Yang mana masih menunggu panggilan interview atau tengah mencari peluang pekerjaan, boleh try mohon disini dengan hanya upload resume anda je. UPLOAD RESUME DISINI UNTUK MOHON KERJA.
 

Artikel Berkaitan:

 

Drop Resume