5 Kerja Yang Paling Bahaya Di Dunia
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

5 Kerja Yang Paling Bahaya Di Dunia

post by Khair

by Khair

Jul 11, 2016
pada 11:48 PM

Kalau korang fikir pekerjaan korang merupakan sesuatu yang cukup mencabar dan susah untuk diuruskan, di sini ada 5 pekerjaan yang lebih dahsyat kerana sangat berisiko tinggi sebab mereka meletakkan nyawa sebagai taruhan!

1.Anggota Bomba

Pekerjaan ini dilatih bukan sahaja  untuk memadam api kebakaran, malah mereka  juga turut ditugaskan untuk menyelamatkan mangsa di dalam keadaan yang begitu ekstrim. Risiko yang dihadapi oleh ahli bomba ialah disambar api,  dihempap runtuhan batu dan pelbagai kemungkinan lain yang merupakan suatu kelaziman.

2. Pekerja Tapak Pembinaan

Bekerja di tapak pembinaan sebagai buruh kasar merupakan antara pekerjaan yang paling berbahaya kerana mereka mempunyai risiko yang sangat besar untuk terjatuh dari tempat yang tinggi, terdedah kepada besi cerucuk yang tajam dan dihempap oleh jentera atau konkrit yang sangat berat.

Oleh sebab itu, peraturan dan langkah-langkah keselamatan sangat dititikberatkan kepada mereka ketika berada di dalam tapak pembinaan kerana jika tersilap langkah mereka boleh menempah maut!

3. Nelayan Atau Penangkap Ketam

Jarang sekali kita terfikir bahawa nelayan juga merupakan satu pekerjaan yang paling berisiko. Tetapi mereka ini sebenarnya telah terdedah kepada laut yang bergelora, ribut petir dan juga kemalangan bot.

Di Amerika Syarikat, nelayan adalah pekerjaan paling ekstrim kerana mereka menjalankan aktiviti menagkap ketam di perairan Alaska dan sering berhadapan dengan risiko kematian. Setiap tahun  dilaporkan bahawa nelayan ini terpaksa bergadai nyawa semata-mata untuk mendapatkan ketam Alaska iaitu ‘King Crab’

Tambahan pula suhu yang teramat sejuk dan ombak laut yang sentiasa ganas bergelora adalah punca kebanyakan nelayan mati sebelum berjaya mendarat.

4. Penyelenggara Bangunan

Sering kali kita berasa kagun dengan kebersihan dan kecantikan bangunan-bangunan pencakar langit yang tersergam indah di serata ibu kota. 

Tetapi sebenarnya penyelenggara bangunanlah yang sentiasa bersusah payah dalam menyelenggara dan mencuci tingkap-tingkap setiap bangunan dengan pelbagai risiko terpaksa mereka hadapi.

Biarpun banyak ciri-ciri keselamatan telah dititikberatkan, tetapi jika berlaku sebarang kesalahan teknikal ketika bekerja nyawa merekalah yang menjadi taruhan.

5. Pengawal Keselamatan

Pegawai keselamatan adalah mereka yang sentiasa meletakkan diri mereka dalam pelbagai risiko yang berkemungkinan untuk berlaku.

Contohnya mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bank, rompakan bank mungkin berlaku dan lebih dahsyat dan menakutkan lagi jika babak berbalas tembakan berlaku antara perompak dan pengawal keselamatan. Serangan yang dilancarkan oleh perompak pasti akan mensasarkan kepada pengawal keselamatan terlebih dahulu.