Nampaknya artikel semalam ni dapat banyak perhatian betul. Masing-masing berikan pendapat tersendiri, dan tak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka tersendiri sepanjang bekerja ni.
by Aisya
Nampaknya artikel semalam ni dapat banyak perhatian betul. Masing-masing berikan pendapat tersendiri, dan tak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka tersendiri sepanjang bekerja ni.
Berikutan dengan itu, isteri kepada Hazwan Faiz, Yana Khairuddin yang juga turut sama-sama menaikkan butik Calaqisya ni pula mengambil langkah untuk berkongsi kesenambungan daripada status Hazwan Faiz untuk mereka anak-anak muda yang sedang bekerja. Hanyalah sebagai nasihat ikhlas dan panduan.
Satu lagi topik penting daripada pengusaha empayar butik ni ialah multi-tasking. Pekerja sekarang suka bagi alasan 'itu bukan tugas saya, bukan skop kerja saya, saya kelulusan ini bukannya itu' dan sebagainya bila diminta untuk nak buat kerja lain sikit. Graduan perlu jadi fleksibel, lakukan apa-apa sahaja kerja yang majikan suruh jangan cepat bagi alasan. Itu lah yang akan membentuk peribadi dan kerja korang.
Benda ini lah bagi korang pengalaman, jadi bila nak mohon kerja lain, korang dah ada plus point. Majikan pun rasa korang ni berbaloi untuk diambil dan layak.
Tengok ni bagaimana seorang pekerja yang berpengalaman 20 tahun ni boleh dapatkan kepercayaan syarikat-syarikat besar dan syarikat antarabangsa. Daripada Senior Executive kepada Senior Manager, Group Finance Director, dan lagi. Semua ini bukan senang untuk nak capai Tak jadi kalau setahun dua je terus demand nak naik pangkat apa, melainkan korang betul-betul layak.
Ceritanya, kalau korang buat atau belajar macam-macam perkara dan selok-belok syarikat memang korang akan dipercayai dan boleh katakan berbakat lah.
Bila kita ada kepakaran macam-macam ni, kita boleh move on kepada organisasi yang lain dan lagi gah lagi. Bukannya lupa daratan, tapi kita memang perlu untuk terus maju kehadapan dan ambil apa-apa peluang terbuka yang ada.
Jangan suka pandang remeh terhadap kerja orag lain terutamanya, orang kerja bawahan. Tanpa diorang sesebuah organisasi tak akan berjalan tau! Sesebuah organisasi bukan hanya ada pekerja atasan sahaja, bayangkan kalau satu syarikat tu hanya ada seorang pekerja, iaitu bos. Macam mana nak bergerak?
"Acik" ni hanyalah graduan lepasan Diploma in Business Studies ITM Shah Alam, tengok sekarang pangkat dia apa? Hebat kan?