Panduan Lengkap Cara Kiraan OT (Overtime) Pekerja
# Pengetahuan Pekerja

Panduan Lengkap Cara Kiraan OT (Overtime) Pekerja

post by Ani

by Ani

Apr 7, 2024
pada 4:40 PM

Panduan Lengkap Cara Kiraan OT (Overtime) Pekerja

Adakah anda sering kali diminta untuk bekerja melebihi masa biasa (OT) oleh majikan anda, terutamanya pada hari cuti? Jangan risau ini cara kiraan OT (overtime) yang wajib anda tahu. Bermula dari 1 Januari 2023, pekerja yang menerima gaji bulanan sebanyak RM4,000 kini berpeluang untuk mendapat bayaran bagi waktu kerja lebih masa (Overtime). Bagi memastikan anda memahami cara kiraan OT (Overtime) dengan betul, berikut adalah panduan langkah demi langkah yang perlu anda ikuti.

Kadar Overtime (OT):

Sebelum kita mula, mari kita kenali terlebih dahulu kadar bayaran OT (Overtime) mengikut jenis hari:

  • Overtime (OT) pada Hari Bekerja: Gaji sejam X 1.5
  • Overtime (OT) pada Hari Cuti Umum: Gaji sejam X 3
  • Overtime (OT) pada Hari Cuti Biasa / Rehat: Gaji sejam X 2

Langkah pertama adalah melihat jadual kerja anda dan tentukan jumlah jam bekerja setiap hari. Akta Kerja terkini memperuntukkan bahawa jumlah jam bekerja seminggu tidak boleh melebihi 45 jam.

Contoh:

  • Jika anda bekerja 6 hari seminggu: 45 jam / 6 hari = 7.5 jam sehari
  • Jika anda bekerja 5 hari seminggu: 45 jam / 5 hari = 9 jam sehari

Cara Kiraan OT Maukerja

Langkah 2: Kira Kadar Overtime (Harian)

Setelah mengetahui jumlah hari bekerja dan jam bekerja setiap hari, kini anda perlu mengira kadar bayaran Overtime setiap hari.

  • ORP (Gaji sebulan): Gaji pokok / 26
  • HRP (Gaji sejam): Bahagikan ORP dengan jumlah jam bekerja sehari

Langkah 3: Tentukan Jenis Hari dan Kira Kadar OT (Overtime)

Anda perlu mengenalpasti jenis hari bekerja anda untuk mendapatkan gandaan bayaran OT (Overtime) yang betul:

  • Hari Biasa: 1.5
  • Hari Rehat: 2.0
  • Cuti Umum: 3.0

Kadar OT (Overtime) perlu dikira selepas melebihi jam bekerja harian. Contohnya, jika jam bekerja anda 8 jam, maka Overtime baru dikira selepas melebihi 8 jam.

Contoh Pengiraan:

Misalnya, Rohani menerima gaji sebulan sebanyak RM2000. Berikut adalah langkah-langkah kiraan OT (Overtime) Rohani:

  • Gaji Sebulan (ORP): RM2000 / 26 = RM76.92
  • Gaji Per Jam (HRP): RM76.92 / 8 = RM9.62
  • Bayaran Overtime (OT): RM9.62 x 2 (jam) x 1.5 (kadar OT hari biasa) = RM28.85

Dengan mengikuti panduan di atas, anda dapat mengira bayaran OT (Overtime) anda dengan tepat dan adil. Ingatlah untuk selalu merujuk kepada peraturan pekerjaan yang terkini bagi memastikan pematuhan yang betul terhadap undang-undang buruh yang berlaku.


Drop Resume Maukerja

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: