Cara Pindah Dan Keluarkan Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 3 Menggunakan Aplikasi
# Pengetahuan Pekerja

Cara Pindah Dan Keluarkan Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 3 Menggunakan Aplikasi

post by Ani

by Ani

May 13, 2024
pada 4:55 PM

Cara Pindah Dan Keluarkan Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 3 Menggunakan Aplikasi

Baru-baru ini, orang ramai mula berbincang tentang kewujudan Akaun 3 pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini boleh diakses oleh para pencarum. Ada ramai juga yang tanya macam mana cara pindah dan keluarkan wang dari Akaun 3 tersebut.

Jenis Akaun Ahli Di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Sebelum tu, kita perlu tahu dahulu bahawa terdapat tiga jenis akaun ahli di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu:

  • Akaun Persaraan
  • Akaun Sejahtera
  • Akaun Fleksibel

Berikut adalah informasi ringkas mengenai setiap akaun dalam penstrukturan semula Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

  • Akaun Persaraan (75%): Dahulu dikenali sebagai Akaun 1, adalah untuk simpanan hari persaraan.
  • Akaun Sejahtera (15%): Dahulu dikenali sebagai Akaun 2, adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.
  • Akaun Fleksibel (10%): Memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk memindahkan serta mengeluarkan wang dari Akaun 3 ini. Berikut adalah tutorial mudah untuk memindah serta mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 3 melalui aplikasi.

Baca Juga:

1. Muat Turun Aplikasi KWSP i-Akaun: Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dari Google Play Store atau App Store.  Log masuk ke akaun KWSP anda melalui aplikasi tersebut.

2. Pada halaman utama aplikasi, klik pada ikon “Ketahui Lanjut”.

Cara pindah wang ke Akaun 3 step 1
3. Klik “Seterusnya” pada halaman informasi dan kemudian tekan “Pindah Sekarang”.

Cara pindah wang ke Akaun 3 step 2

4. Selepas itu, baca informasi yang dinyatakan tu dan skrol ke bawah lalu klik Teruskan

Cara pindah wang ke Akaun 3 step 3

5. Kemudian, anda bakal dipaparkan dengan anggaran simpanan akaun serta baki wang selepas pemindahan bagi setiap akaun. Kemudian, anda skrol ke bawah dan klik Teruskan.

Cara pindah wang ke Akaun 3 step 4

6. Di halaman perakuan ahli ini, anda diminta untuk membaca dan bersetuju dengan terma & syarat dengan klik Terima.

Cara pindah wang ke Akaun 3 step 5

7. Sebaik sahaja keluar pop out pengesahan, klik Ya bagi meneruskan proses permohonan pemindahan.

Cara pindah wang ke Akaun 3 step 6

8. Akhir sekali, anda bakal dipaparkan dengan nota pilihan pindahan anda telah  berjaya. Sebagai nota tambahan, permohonan anda adalah tertakluk kepada terma & syarat yang ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Cara pindah wang ke Akaun 3 step 7

Syarat-Syarat Pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

  • Warganegara dan bukan warganegara.
  • Belum mencapai umur 55 tahun.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
  • Pengeluaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan had minimum pengeluaran RM50.
  • Permohonan pengeluaran boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP.
  • Pemindahan ke Akaun Fleksibel hanya boleh dilakukan sekali sahaja dan tarikh akhir pemindahan adalah 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk tidak memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.

Cara Keluarkan Wang dari Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

1. Log masuk dan pergi ke halaman utama. Klik pada menu pengeluaran di bahagian bawah skrin.

Cara Keluarkan Wang dari Akaun 3 Langkah 1

2. Skrol ke bawah dan klik anda klik pada Keluarkan Simpanan Anda untuk memohon pengeluaran.

Cara Keluarkan Wang dari Akaun 3 Langkah 2

3. Seterusnya, pilih jenis pengeluaran iaitu Akaun Fleksibel dan klik pada Keluarkan Simpanan.

Cara Keluarkan Wang dari Akaun 3 Langkah 3

4. Masukkan jumlah pengeluaran di ruangan yang disediakan lalu klik Teruskan. Anda akan dipaparkan dengan jumlah yang layak dikeluarkan menerusi akaun itu.

Cara Keluarkan Wang dari Akaun 3 Langkah 4

5. Pada bahagian pilih bank untuk kredit, klik Tambah Bank. Kemudian, pilih jenis bank yang digunakan dan masukkan nombor akaun seperti yang diminta.

Cara Keluarkan Wang dari Akaun 3 Langkah 5

6. Kemudian, buat semakan pada bahagian suntingan maklumat perhubungan. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat peribadi, barulah klik Teruskan.

Cara Keluarkan Wang dari Akaun 3 Langkah 6

7. Proses seterusnya adalah dengan bersetuju untuk pengeluaran lalu klik Terima.

Cara Keluarkan Wang dari Akaun 3 Langkah 7

8. Kemudian, anda diminta untuk memasukkan nombor TAC bagi pengesahan pengeluaran tersebut.

9. Akhir sekali, anda bakal dipaparkan dengan maklumat yang mengatakan pengeluaran sedang diproses.

Cara Keluarkan Wang dari Akaun 3 Langkah Terakhir

Kongsikan artikel ini agar lebih ramai mengetahui cara mudah dan pantas untuk pindah dan keluarkan wang melalui aplikasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Soalan Lazim Berkaitan Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

1. Adakah kadar dividen berbeza antara ketiga-tiga akaun tersebut?

Tidak. Kadar dividen adalah sama untuk semua akaun. Buat masa ini, penstrukturan semula akaun KWSP tidak mengubah polisi semasa dalam penentuan kadar dividen.

2. Adakah ahli boleh memilih untuk tidak membuat pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel?

Ya, boleh. Jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, baki simpanan sedia ada akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Selepas tarikh pelaksanaan, semua caruman baharu akan dikreditkan ke dalam ketiga-tiga akaun, iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).

Perlu diingat bahawa permohonan pindahan amaun permulaan hanya boleh dibuat sekali sahaja melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) dalam tempoh yang ditetapkan (12 Mei hingga 31 Ogos 2024). Selepas permohonan diproses, ia tidak boleh dibatalkan. Bagi mereka yang memilih untuk membuat pindahan ini, permohonan dijangka akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

3. Bagaimana ahli boleh mengeluarkan simpanan dari Akaun Fleksibel?

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. Perlu diingat, had pengeluaran minimum yang dibenarkan ialah RM50.

Anda tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuat permohonan pengeluaran ini. Namun, anda perlu mempunyai akaun bank yang aktif atas nama anda sendiri bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran. Jika anda tidak mempunyai akaun bank aktif, anda boleh memilih kaedah Arahan Bayaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun dengan mengikuti langkah-langkah yang sama.

4. Bolehkah ahli yang berusia 55 tahun ke atas mempunyai Akaun Fleksibel?

Tidak, penstrukturan semula ini hanya melibatkan akaun KWSP ahli yang belum mencapai umur 55 tahun (termasuk ahli bukan warganegara) pada 11 Mei 2024.

Setelah ahli mencapai umur 55 tahun, semua baki simpanan dalam ketiga-tiga akaun akan dipindahkan ke Akaun 55. Caruman baharu yang diterima selepas umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas.


Drop Resume

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: