10 Soalan Interview Kerja Yang Selalu Ditanya & Cara Jawab!
# Pengetahuan Pekerja

10 Soalan Interview Kerja Yang Selalu Ditanya & Cara Jawab!

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

May 4, 2025
pada 1:51 PM

10 Soalan Interview Kerja Yang Selalu Ditanya & Cara Jawab!

Menghadiri interview kerja boleh menjadi pengalaman yang mendebarkan, terutama jika awak tak pasti apa yang bakal ditanya. Tapi jangan risau! Dengan persediaan yang rapi, awak boleh menghadapi temuduga dengan lebih yakin.

Sebelum kita masuk ke senarai soalan, ada satu tip emas: Jangan hafal jawapan bulat-bulat! Sebaliknya, fahami intipati soalan dan sesuaikan jawapan mengikut pengalaman serta kekuatan awak. Berikut adalah 10 soalan temuduga paling biasa ditanya beserta cara nak jawab dengan penuh keyakinan.

Drop resume

Soalan Interview Kerja dan Cara Jawab Soalan Interview!

1. Tell Me About Youself - Ceritakan Tentang Diri Awak

Apa yang Majikan Nak Dengar?

  • Latar belakang pendidikan & pengalaman kerja
  • Kemahiran utama yang relevan dengan kerja yang dipohon
  • Keunikan diri yang boleh menyumbang kepada syarikat

Cara Jawab Soalan Interview:
"Saya memiliki pengalaman selama lima tahun dalam pemasaran digital, khususnya dalam menguruskan kempen media sosial dan analitik. Saya lulusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dari Universiti Malaya dan telah menghadiri kursus lanjutan dalam SEO dan pemasaran kandungan. Saya sangat berminat untuk membantu syarikat meningkatkan keterlihatan digitalnya dan menjangkau lebih ramai pelanggan."

Tip Tambahan: Jangan ulang apa yang ada dalam resume! Gunakan peluang ini untuk menyerlahkan personaliti dan motivasi awak.

Ingat! Cara jawab soalan interview mengenai Tell Me About Yourself ni perlulah diberi perhatian sebab boleh dikatakan soalan ini paling kerap majikan akan tanya masa interview.

Soalan Interview Kerja

2. Why Do You Want This Job? - Kenapa Awak Berminat Dengan Jawatan Ini?

Apa yang Majikan Nak Dengar?

  • Sejauh mana awak memahami syarikat dan peranannya
  • Apa yang membuatkan awak benar-benar minat dengan kerja ini
  • Bagaimana jawatan ini selari dengan matlamat kerjaya awak

Cara Jawab Soalan Interview:
"Saya tertarik dengan komitmen syarikat ini dalam inovasi dan pembangunan komuniti. Saya lihat bahawa syarikat ini mengutamakan kreativiti dan strategi digital dalam pemasaran, sesuatu yang saya sangat minati. Saya percaya pengalaman saya dalam pemasaran media sosial boleh membantu syarikat mencapai lebih ramai pelanggan dengan lebih efektif."

Tip Tambahan: Elakkan jawapan klise seperti “Sebab saya nak kerja dan ini peluang yang baik”. Sebaliknya, tunjukkan bagaimana minat dan kemahiran awak sesuai dengan syarikat.

Dah penat cari kerja? Jom, drop resume di Maukerja & biar kerja cari korang! <

3. What Are Your Weaknesses? - Apakah Kelemahan Terbesar Awak?

Apa yang Majikan Nak Dengar?

  • Kejujuran & kesedaran diri
  • Inisiatif untuk perbaiki kelemahan

Contoh Jawapan Terbaik:
"Saya seorang yang sangat teliti dalam kerja, kadangkala terlalu fokus pada perincian kecil sehingga melambatkan proses. Namun, saya sedang belajar untuk mengimbangi dengan menetapkan keutamaan dan tarikh akhir yang lebih jelas."

Tip Tambahan: Jangan jawab dengan kelemahan yang terlalu besar, contohnya "Saya susah nak bekerjasama dengan orang lain". Pilih kelemahan yang boleh diperbaiki.

4. How You Handle Stress and Pressure - Bagaimana Awak Menghadapi Stres dan Tekanan?

Apa yang Majikan Nak Dengar?

  • Cara awak mengurus tekanan secara profesional
  • Kemampuan awak menyesuaikan diri dalam situasi mencabar

Contoh Jawapan Terbaik:
"Saya percaya tekanan boleh diurus dengan perancangan yang baik. Saya selalu buat senarai tugasan dan utamakan kerja mengikut kepentingan. Jika tekanan semakin tinggi, saya pastikan untuk berkomunikasi dengan pasukan bagi memastikan kerja tetap berjalan lancar."

Tip Tambahan: Jangan cakap “Saya tak pernah tertekan.” Semua orang pernah mengalami tekanan, yang penting adalah bagaimana awak menanganinya.

5. Why You Leave Your Previous Job? - Kenapa Awak Berhenti Tempat Kerja Lama?

Apa yang Majikan Nak Dengar?

  • Sebab yang positif dan profesional
  • Tidak memburukkan majikan lama

Contoh Jawapan Terbaik:
"Saya bersyukur dengan pengalaman di syarikat lama, tetapi saya mencari peluang untuk berkembang dalam bidang pemasaran digital yang lebih strategik. Saya percaya syarikat ini menawarkan peluang tersebut, dan saya ingin menyumbang kepada pertumbuhan jenama awak."

Tip Tambahan: Jangan cakap sebab gaji rendah atau masalah dengan bos lama. Fokus pada perkembangan diri.

Nak cari kerja yang match dengan kelayakan korang? Jom, cari kerja ideal korang disini <

6. What Is Your Greatest Accomplishment? - Apakah Pencapaian Terbesar Awak?

Apa yang Majikan Nak Dengar?

  • Bukti yang awak boleh memberikan impak kepada syarikat

Contoh Jawapan:
"Di syarikat lama, saya berjaya meningkatkan engagement media sosial sebanyak 70% dalam masa enam bulan dengan strategi pemasaran yang berkesan."

7. How You Handle Conflict? - Bagaimana Awak Menangani Konflik?

Apa yang Majikan Nak Dengar?

  • Kemampuan awak menyelesaikan konflik secara profesional

Contoh Jawapan:
"Saya percaya komunikasi terbuka adalah kunci utama. Jika ada konflik, saya akan duduk berbincang secara profesional dan mencari penyelesaian yang adil untuk semua pihak."

8. Why We Should Choose You Over Other Applicants? - Kenapa Kami Patut Pilih Awak Berbanding Calon Lain?

Apa yang Majikan Nak Dengar?

  • Apa yang membezakan awak dengan orang lain

Contoh Jawapan:
"Saya bukan sahaja mempunyai pengalaman dalam pemasaran digital, tetapi saya juga sangat kreatif dalam mencipta kandungan yang menarik perhatian pelanggan."

9. What Your Goal In The Next 5 Years? - Apa Matlamat Kerjaya Awak dalam 5 Tahun Akan Datang?

Apa yang Majikan Nak Dengar?

  • Matlamat jangka panjang yang realistik

Contoh Jawapan:
"Dalam lima tahun, saya ingin menjadi pakar dalam pemasaran digital dan memimpin pasukan pemasaran di sebuah syarikat besar."

Tip: Jangan cakap "Saya tak pasti." Majikan nak tengok ada visi atau tidak.

10. Do You Have Any Questions? - Adakah Awak Ada Soalan untuk Kami?

Apa yang Majikan Nak Dengar?

  • Minat awak terhadap syarikat & jawatan

Contoh Soalan yang Bagus:

  • Bagaimana budaya kerja di sini?
  • Apa cabaran terbesar dalam jawatan ini?
  • Bagaimana syarikat menyokong perkembangan pekerja?

Persediaan Sebelum Temuduga: Apa yang Perlu Awak Buat?

Persediaan Sebelum Temuduga

Sebelum menghadiri temuduga, ada beberapa perkara yang wajib awak buat supaya lebih yakin dan bersedia. Ramai calon gagal bukan kerana mereka tidak layak, tetapi kerana mereka datang tanpa persediaan yang mencukupi. Jadi, jangan ulang kesilapan tu!

Berikut adalah persediaan penting sebelum temuduga:

1. Fahami Syarikat & Jawatan yang Dipohon

Kenapa penting?
Majikan nak tahu sama ada awak betul-betul berminat atau sekadar cuba nasib. Jika awak tak tahu apa-apa tentang syarikat, itu tanda awak kurang serius.

Apa yang perlu dibuat?

  • Layari laman web syarikat: Fahami visi, misi & budaya kerja mereka
  • Ketahui pengalaman orang lain: Baca ulasan pekerja atau forum kerja
  • Semak berita terkini tentang syarikat: Adakah mereka berkembang, menghadapi cabaran, atau ada produk baru?
  • Fahami deskripsi kerja: Apa tugas utama & kemahiran yang diperlukan?

Tip: Cuba kaitkan pengalaman dan kemahiran awak dengan keperluan syarikat. Contoh, jika syarikat fokus pada digital marketing, tunjukkan pengalaman awak dalam bidang itu!

2. Kenal Pasti Soalan Temuduga yang Biasa Ditanya

Kenapa penting?
Kebanyakan soalan temuduga adalah standard, jadi awak boleh bersedia awal. Jangan datang dengan harapan nak ‘goreng’ jawapan di tempat kejadian!

Apa yang perlu dibuat?

  • Rujuk 15 soalan temuduga dalam artikel ini & sediakan jawapan sendiri
  • Latih jawapan di depan cermin atau dengan rakan
  • Gunakan teknik STAR untuk menjawab soalan berkaitan pengalaman kerja:
    • S – Situasi (Apa masalah yang awak hadapi?)
    • T – Tugas (Apa peranan awak dalam situasi itu?)
    • A – Aksi (Apa tindakan awak?)
    • R – Result (Apa hasil yang awak capai?)

Tip: Rekod diri sendiri bercakap dan dengar balik. Ini boleh bantu awak perbaiki nada suara dan keyakinan.

3. Sediakan Dokumen yang Diperlukan

Kenapa penting?
Kalau awak lupa bawa dokumen penting, ia boleh memberi tanggapan negatif kepada majikan.

Apa yang perlu dibuat?

  • Cetak 2-3 salinan resume: Majikan mungkin perlukan salinan tambahan
  • Bawa sijil penting: Contohnya, sijil akademik, lesen profesional, atau sijil kursus berkaitan
  • Bawa surat rujukan (jika ada): Ini boleh beri kelebihan jika majikan ragu-ragu tentang kelayakan awak
  • Buku nota & pen: Untuk catat maklumat penting semasa temuduga

Tip: Susun dokumen dalam folder supaya nampak kemas dan profesional.

5. Latih Bahasa Badan & Nada Suara

Kenapa penting?
Kadang-kadang bukan apa yang awak cakap, tapi cara awak bercakap yang lebih penting.

Apa yang perlu dibuat?

  • Latih berjabat tangan: Jangan terlalu kuat atau terlalu lemah
  • Jaga eye contact: Tunjukkan keyakinan tanpa nampak terlalu agresif
  • Elakkan postur badan yang lemah: Duduk tegak & elakkan terlalu bersandar
  • Jaga nada suara: Jangan terlalu perlahan atau terlalu kuat

Tip: Tengok video temuduga profesional di YouTube untuk belajar teknik komunikasi yang baik.

Kesimpulan

Temuduga kerja bukanlah sekadar menjawab soalan, tetapi peluang untuk menunjukkan yang awak adalah calon terbaik. Dengan persediaan yang betul, awak boleh hadir dengan penuh keyakinan dan memukau bakal majikan!

Kalau awak masih mencari peluang kerja kosong, awak boleh la mohon kerja kosong di portal Maukerja! Ada banyak kerja kosong dalam pelbagai bidang awak boleh apply.