e-KYC KWSP - Cara Keluarkan Lebih Daripada RM250 Dari Akaun 3 KWSP
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

e-KYC KWSP - Cara Keluarkan Lebih Daripada RM250 Dari Akaun 3 KWSP

post by Muni

by Muni

May 14, 2024
pada 11:43 AM

e-KYC KWSP - Cara Keluarkan Lebih Daripada RM250 Dari Akaun 3 KWSP

Apa Itu e-KYC?

e-KYC adalah singkatan kepada 'electronic Know-Your-Customer', satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun. Proses ini diperlukan bagi memastikan kesahihan identiti pemohon sebelum akaun 1, akaun 2 dan akaun 3 KWSP ahli diaktifkan.

Siapa yang Perlu Melakukan e-KYC KWSP?

  • Ahli yang tiada rekod pengeluaran sebelumnya.
  • Ahli yang pertama kali memohon pengeluaran.
  • Ahli yang memohon pengeluaran Akaun 3 (akaun fleksibel) melebihi RM250.
  • Ahli yang membuat penukaran nombor akaun bank selain daripada akaun bank yang ada dalam rekod KWSP.

Jika anda belum pernah mendaftar e-KYC, anda boleh mengikuti langkah-langkah dalam infografik berikut:

cara daftar e-kyc 1

cara daftar e-kyc 2

cara daftar e-kyc 3

cara daftar e-kyc 4

cara daftar e-kyc 5

cara daftar e-kyc 6

cara daftar e-kyc 7

Selepas selesai pendaftaran, anda boleh mengikuti tutorial cara mengeluarkan lebih RM250 dari akaun 3 anda seperti berikut:

  • Log masuk ke i-Akaun KWSP dan pergi ke bahagian Pengeluaran.
  • Pilih ‘Keluarkan Simpanan Anda’.
  • Pilih jenis pengeluaran ‘Akaun Fleksibel’.
  • Tetapkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
  • Masukkan maklumat akaun bank.
  • Sahkan butiran pengeluaran anda.
  • Lakukan perakuan pengeluaran.
  • Akhir sekali, pilih ‘kaedah 1’ untuk proses e-KYC.

Maklumat Penting Mengenai Akaun Fleksibel

Simpanan dalam Akaun Fleksibel, yang merupakan 10 peratus daripada caruman setiap bulan, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli. Namun, ahli hanya dibenarkan membuat pemindahan akaun sekali sahaja dalam tempoh bermula 12 Mei sehingga 31 Ogos.

Dengan memahami prosedur dan syarat pengeluaran Akaun 3 KWSP, ahli dapat memastikan proses pengeluaran berjalan lancar. Sentiasa pastikan semua maklumat adalah tepat dan lengkap semasa membuat permohonan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi KWSP atau menghubungi pejabat KWSP terdekat.


drop resume

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: