Hari TVET Negara 2024 - Senarai Program Dan Aktiviti
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Hari TVET Negara 2024 - Senarai Program Dan Aktiviti

post by Muni

by Muni

Jun 5, 2024
pada 11:35 AM

Hari TVET Negara 2024 - Senarai Program Dan Aktiviti

Hari TVET Negara 2024 adalah acara tahunan yang sangat dinantikan, memberi tumpuan kepada individu dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Sambutan ini bukan sahaja menghargai sumbangan pelajar dan tenaga pengajar dalam bidang teknikal dan vokasional, tetapi juga memberi peluang kepada industri untuk berinteraksi dengan bakal tenaga kerja mahir.

Objektif Hari TVET Negara 2024

Antara objektif utama Hari TVET Negara 2024 adalah:

  1. Meningkatkan Kesedaran Masyarakat: Mewujudkan kesedaran dan kefahaman mengenai dasar, inisiatif, dan bidang TVET yang ditawarkan di Malaysia melalui promosi dan publisiti.
  2. Menarik Minat Belia: Menarik lebih ramai belia untuk menceburi bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan kerjaya, serta memberi peluang kepada agensi awam dan swasta untuk mempromosikan produk dan kursus kemahiran mereka.
  3. Menyalurkan Maklumat: Menyampaikan maklumat mengenai peluang pendidikan dan kerjaya serta insentif yang disediakan oleh kerajaan berkaitan TVET.
  4. Menghubungkan Pelajar dengan Industri: Menghubungkan pelajar, belia, dan pencari kerja dengan industri untuk mencari peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri.
  5. Menjalin Kerjasama Strategik: Mewujudkan kerjasama antara kementerian, agensi, dan industri bagi memperkasakan TVET di Malaysia.
  6. Melibatkan Komuniti: Memberi peluang kepada pelajar sekolah dan komuniti untuk lebih dekat dengan TVET melalui aktiviti seperti pameran, demonstrasi, kuiz, dan try a skill.

Tarikh & Masa Hari TVET Negara 2024

Sambutan Hari TVET Negara 2024 akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh: 7 Jun 2024 (Jumaat) dan 8 Jun 2024 (Sabtu)
  • Tempat: Institut Latihan Perindustrian, Kuala Langat, Selangor
  • Waktu: 8.30 pagi – 5.30 petang
  • Tema: “TVET Pilihan Utama Kerjaya”

Aturcara Program Hari TVET Negara 2024

7 Jun 2024, Jumaat (Hari Pertama)

  • TVET Exhibition: Pameran dan Demonstrasi Kemahiran
  • TVET Seminar: Seminar Kerjaya TVET
  • TVET Job Fair: Temuduga Terbuka Industri
  • TVET Entrepreneur: Aktiviti Keusahawanan TVET
  • TVET Challenge: Cabaran TVET

Baca Juga: 7 Syarikat Yang Menawarkan Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2023

8 Jun 2024, Sabtu (Hari Kedua)

  • TVET Exhibition: Pameran dan Demonstrasi Kemahiran
  • TVET Job Fair: Temuduga Terbuka Industri
  • TVET Entrepreneur: Aktiviti Keusahawanan TVET
  • TVET Challenge: Cabaran TVET

Aktiviti dan Program di Hari TVET Negara 2024

Hub 1: TVET Exhibition

TVET Exhibition merupakan komponen utama yang menghimpunkan kesemua 12 kementerian yang terlibat dalam TVET di Malaysia. Pelawat boleh menerokai teknologi terkini yang dipamerkan oleh rakan industri, menyertai hari terbuka TVET, dan menyaksikan demonstrasi kemahiran dari institusi TVET yang mengambil bahagian.

tvet1 hub 1

Hub 2: TVET Seminar

TVET Seminar akan diadakan di Dewan Lavender ILP Kuala Langat, dengan pelbagai bengkel dan seminar yang membincangkan merit laluan ‘TVET atau Akademik’. Pakar industri, pemimpin akademik, dan wakil institusi TVET akan berkongsi peluang dalam TVET dan akademik kepada lepasan SPM.

tvet hub 2

Hub 3: TVET Job Fair

Dapatkan maklumat kerjaya masa depan di Hub 3: TVET Job Fair yang dianjurkan oleh PERKESO. Dengan penyertaan daripada 20 syarikat terkemuka, pameran ini menawarkan lebih 2000 kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang TVET.

Hub 4: TVET Entrepreneur

Hub ini menampilkan kisah kejayaan individu dalam TVET dan pameran produk inovatif oleh graduan TVET. Terokai inovasi di Hub 4: TVET Entrepreneur dan lihat potensi keusahawanan dalam TVET.

Hub 5: TVET Challenge

Nikmati cabaran dan inovasi di Hub 5: TVET Challenge dengan TVET Drone Soccer Challenge dan TVET Robotic Challenge. Pertandingan ini menonjolkan bakat pelajar dalam bidang pengendalian dron dan robotik mudah alih.

tvet hub 5

Lokasi dan Alamat

Nama tempat: Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat
Alamat: Jalan Sultan Abdul Samad, Kampung Sungai Raba, 42700 Banting, Selangor
No. telefon: 03 – 3120 4600
No. faks: 03 – 3120 4440

Untuk maklumat lanjut, layari laman web TVET.

Hari TVET Negara 2024 adalah peluang emas untuk menghargai sumbangan dalam bidang TVET, menjalin kerjasama strategik, dan mempromosikan kemahiran kepada generasi muda. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyertai acara yang penuh inspirasi dan berinformasi ini!

Ingin bekerja dalam bidang Technician dan Juruteknik? Klik disini jika berminat!


drop resume

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: