6 Soalan Yang Jurujual Dah Penat Dengar. Korang Lepas Ni Jangan Tanya Lagi Tau?
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

6 Soalan Yang Jurujual Dah Penat Dengar. Korang Lepas Ni Jangan Tanya Lagi Tau?

post by Aisya

by Aisya

Jul 21, 2016
pada 6:50 AM

Kerja sebagai jurujual ni memang amat mencabar emosi dan minda betul. Jangan ingat mereka ni senang je kerja, setakat berdiri dekat tepi rak, lipat baju-baju yang pelanggan selerakkan dan bantu jika ada pelanggan yang perlukan pertolongan. Sebenarnya kerja mereka lebih daripada tu. Nak tahu apa dia? Mereka perlu bijak mengawal perasaan bila berhadapan dengan pelanggan yang sukar untuk nak difahami ni, lebih-lebih lagi bila tanya soalan yang merepek dan dah terang-benderang jawapan kepada soalan tu terpampar depan mata.

Bukannya bermaksud yang jurujual ni malas nak tolong korang, jangan salah sangka ye? Mereka memang amat membantu dan tak kisah pun jika korang tanya soalan sebab memang tugas mereka untuk memberikan layanan yang memuaskan hati dan bantu sampai lah korang berpuas hati. kalau perasan, jarang sekali kita nampak jurujual yang melenting jika ditanya oleh pelanggan kan? Lain lah bila pelanggan itu yang memulakan masalah dahulu. Dalam situasi ni, not all customers always right. Hehe 

Kepada jurujual di luar sana, bertabahlah dan kami faham apa yang anda lalui bila ada pelanggan yang tanya soalan merepek ni:

1. Awak kerja dekat kedai ni ke?

Haihh.. kalau dah nampak diorag pakai baju uniform dengan tag nama tak akan lah diorang sengaja buang masa je nak berdiri dekat tepi baju tu, kan? Sebenarnya lawak juga bila ada pelanggan yang tanya soalan sebegini. Berfikiran positif lah, mungkin dia takut tersalah sangka antara pelanggan ataupun pekerja. Jurujual semua mungkin perlu pegang banner yang tertulis "Hi saya jurual dan bekerja di sini" besar-besar untuk elakkan sebarang kekeliruan.

2. Boleh tak saya nak pergi bilik stor nak tengok kalau ada size saya?

Ini kritikal betul, diorang yang bekerja sebagai jurujual memang dah mahir lah ada atau tidak stok baju yang korang nak kan dalam stor. Mereka tak akan sesuka hati tak nak tambah kan lagi stok sebab, itulah fungsi kedai, untuk nak jual barang. Kalau korang masih nak masuk juga dalam bilik stor, sila lah dan tengok berapa lama ambil masa untuk nak korek semua barang yang ada. Hehe

3. Fitting room ni memang berkunci ke?

Kakak-kakak dan abang-abang sekalian, kalau fitting room tu berkunci maksudnya adalah pelanggan lain dalam tu yang sedang menggunakan. Paling ketara sekali bila dah tergantung papan tanda yang tertulis "occupied" dan masih lagi tanya jika ada orang atau tak. 

4. Berapa harga ye?

Soalan ni dia ikut situasi juga. Masih diterima akal kalau pelanggan bertanyakan harga barang kalau tak ada label. Ada kedai yang langsung tak tulis harga jadi pelanggan kena tanya satu persatu. Ataupun ada letak signboard tapi pelanggan keliru sebab takut barang bercampur aduk dan harga lain-lain. Yang menjadi masalahnya bila barang yang sudah tertulis label dan tertera harga yang tepat masih lagi tanyakan "Berapa harga ni?" Haihh

5. Saya nampak ada tulis 50% diskaun, tapi betul ke tengah sale?

Hahaha mencabar juga kalau ada pelanggan yang tanya sebegini kalau dah satu kedai bergantung banner banyak tertera SALE! SALE! SALE! Tak boleh lah nak jerit macam pakcik jual goreng pisang pula kalau kedai dalam shopping mall kan? Kalau memang sudah tertera yang ada sale dan masih lagi berlangsung, jawabnya memang betul lah tu. 

6. Kedai bukak ke?

Kalau sudah tertera waktu operasi sekian-sekian jangan tanya lagi sama ada kedai bukak atau tak. Korang ni sengaja nak perli ke apa sebab tak nampak pelanggan pun dalam kedai? Tak baik tau...