Contoh Cover Letter | Kerja & Internship | Maukerja
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Contoh Cover Letter | Kerja & Internship | Maukerja

post by Izuan

by Izuan

Feb 1, 2023
pada 7:43 AM

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Internship dan Kerja Dari Majikan 

 

Apakah Contoh Cover Letter Yang Terbaik?

Biasanya kalau kita nak minta kerja mahupun laihan industri melalui email, mesti kita akan lampirkan sekali cover letter kepada majikan. Disinilah senjata utama untuk kita menarik perhatian majikan baca resume kita, banyak calon yang memohon pekerjaan terutamanya graduan muda memandang enteng terhadap cover letter ini sehinggakan hilang adab dalam memohon kerja melalui email
 

Boleh dikatakan satu dalam seribu majikan menerima cover letter yang betul-betul sempurna dan penuh dengan segala isi kandungan yang padat dan mantap. Cara yang penuh beretika dan penggunaan bahasa yang beradab menyebabkan  Ir Meor Shamshir  cukup terpukau dengan cara pelajar ini. Jadi, baca contoh cover letter yang dikarang oleh calon ini untuk rujukan anda bila memohon kerja nanti.

 

"Kematangan mempersembahkan ayat-ayat permohonan mereka dalam email atau pun surat nampak meyakinkan."

 

 

Apa Skill Diperlukan Untuk Cover Letter Mohon Kerja Terbaik
 

  • SOFT SKILLS

Budak UTP memang tidak pernah mengecewakan saya sama ada semasa memohon untuk latihan atau pun bekerja.

Kematangan mempersembahkan ayat-ayat permohonan mereka dalam email atau pun surat nampak meyakinkan.

Daripada pengalaman, apabila mereka ini diambil sebagai pembantu, dalam banyak keadaan, mereka akan menjadi pembantu yang bijaksana.

Reply daripada majikan pun 'win'!

Cuma, part resume tu agak ralat sikit. Dua muka surat dan apabila dia 'pdf' kan resume dia, jadi 3 muka surat. Muka surat last tu kosong. Mungkin terlebih 'enter' semasa diedit dalam Words sebelum di 'pdf' kan.

Anyway, kesempurnaan adalah milik Allah swt. Sometimes you get it right, sometimes you'll have to keep learning.

Reply daripada majikan pun 'win'!


 

Extra Contoh Cover Letter Latihan Internship

Tuan Puan,

Saya ingin memohon untuk peluang internship di [syarikat]. Saya tertarik dengan peluang ini kerana [sebab mengapa anda pilih syarikat itu].

Saya merupakan pelajar tahun kedua di [University/Field of Study] dan sedang mencari peluang untuk mengambil bahagian dalam industri [Industry] yang sedang berkembang. Saya yakin bahawa pengalaman internship di [Company] akan memberikan saya peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam bidang ini.

Saya telah memperoleh beberapa pengalaman kerja sebelum ini, termasuk [Jika anda ada bekerja part time atau sambilan]. Saya juga telah menyertai beberapa projek kumpulan di universiti saya, di mana saya memainkan peranan sebagai [berikan contoh leadership]. Saya yakin bahawa pengalaman ini memberikan saya kemahiran yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam internship di [syarikat].

Saya sangat bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang internship ini dan berharap dapat dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan tersebut. Saya sangat berharap dapat berkongsikan pengetahuan dan kemahiran saya dengan pasukan di [Syarikat] sambil meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam industri ini.

Sekian, terima kasih.,

[Nama Anda]