by Ani
Perpisahan dalam dunia pekerjaan walau macam mana pun kita cuba elak, pasti akan tiba juga saatnya. Sama ada kerana bertukar kerja, berpindah tempat, atau mencapai usia persaraan, momen ini pasti akan datang. ada rasa sedih, gembira, terharu, semuanya bercampur.
Ucapan perpisahan kerja adalah cara kita nak ucap terima kasih dan hargai segala detik manis bersama rakan sekerja atau bos. Kadang-kadang, kata-kata yang lahir dari hati mampu jadi kenangan yang akan mereka ingat selamanya.
Jom, kami kongsikan beberapa idea ucapan perpisahan yang menyentuh hati dan sesuai untuk pelbagai situasi, supaya awak boleh sampaikan perasaan awak dengan penuh ikhlas.
Rakan sekerja ni bukan sekadar teman kerja, mereka jadi macam keluarga kedua. Orang yang sama-sama berjuang, sama-sama stress, sama-sama gelak. Bila tiba masa berpisah, mesti hati rasa berat. Tapi ucapan perpisahan yang ikhlas boleh jadi pengubat rasa sedih tu.
Berikut adalah beberapa contoh ucapan yang boleh awak gunakan:
ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah Perpisahan Rakan Sekerja? Ni 25 Idea Hadiah Boleh Bag
Kalau awak tertanya-tanya macam mana nak buat ucapan perpisahan kerja Whatsapp kepada rakan sekerja, maka awak boleh je tengok contoh seperti di bawah:
ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan Perpisahan Kerja WhatsApp Kepada Rakan Sekerja
Bos yang baik adalah seorang pemimpin yang memberi inspirasi dan sokongan kepada pasukan. Apabila tiba masa untuk bos meninggalkan syarikat, ucapan atau pantun perpisahan yang sopan dan berkesan adalah penting. Berikut adalah beberapa contoh ucapan perpisahan untuk bos:
ARTIKEL BERKAITAN: Idea Potluck Pejabat, Dari Kuih Sampai Ke Lauk
Berikut beberapa contoh ucapan “Selamat Maju Jaya di Tempat Baru” yang boleh awak gunakan, sama ada untuk rakan sekerja, sahabat, atau ahli keluarga yang berpindah kerja atau memulakan kerjaya baru. Awak boleh pilih ikut nada yang awak nak mesra, formal, atau lebih santai.
Bukan setakat ucapan, aktiviti hari perpisahan pun penting untuk cipta kenangan manis terakhir bersama. Nak tahu idea aktiviti best? Nah, ni saya kongsikan:
1. Majlis Makan-Makan:
Anjurkan jamuan kecil atau potluck di pejabat dengan membawa makanan yang disukai oleh individu yang akan berpisah. Ini adalah masa untuk berkongsi kenangan manis sambil menikmati makanan.
Buat sesi khas di mana semua orang boleh berkongsi kenangan dan pengalaman mereka bersama individu yang akan berpisah. Ini boleh menjadi sesi yang menyentuh hati dan memberi kesan mendalam.
Berikan hadiah penghargaan atau hadiah kenangan yang istimewa seperti album gambar, buku autograf, atau cenderahati peribadi yang dapat dikenang sepanjang masa.
Rakam video ucapan daripada semua rakan sekerja dan sampaikan sebagai hadiah perpisahan. Ini adalah cara yang kreatif untuk mengingati momen-momen indah bersama.
Perpisahan dalam dunia kerja memang tidak dapat dielakkan, tetapi ucapan perpisahan kerja yang disampaikan dengan ikhlas mampu menjadikan momen itu lebih bermakna. Sama ada awak mencari ucapan perpisahan kerja untuk WhatsApp, ucapan untuk rakan sekerja, atau ucapan perpisahan untuk bos, pastikan kata-kata yang awak pilih datang dari hati. Selain itu, menganjurkan aktiviti hari perpisahan juga dapat mengeratkan lagi hubungan sebelum berpisah. Dengan sedikit usaha, awak dapat memberikan kenangan yang indah untuk diingati sepanjang hayat.
Baca Juga: Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Pelbagai Sektor [BM & BI]
Kalau awak tengah struggle cari kerja, jangan stress sorang-sorang. Maukerja boleh tolong awak cari kerja yang sesuai dengan cepat. Drop resume sekarang kalau nak cari kerja dengan cepat! Semoga ada rezeki untuk awak dapat kerja yang diidamkan.
Serius, banyak peluang kerja menarik tengah open sekarang ni! Kalau korang nak kerja cepat, grab je peluang ni.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: