Bila Pergi Temuduga Jangan Lupa Kaji 10 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Bila Pergi Temuduga Jangan Lupa Kaji 10 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan

post by Aisya

by Aisya

Jun 1, 2022
pada 7:38 AM

Bila pergi temuduga ni jangan anggap yang sesi temuduga sahaja yang penting. Sebenarnya banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira sebelum korang memilih samada mahu menerima tawarann bekerja ataupun tidak. Saat korang melangkah ke office tu, seharusnya korang memerhatikan dari awal korang datang sehinggalah korang melangkah pergi. Itu sedikit sebanyak akan memberi korang idea tentang keadaan di office dan barulah boleh membuat pilihan samada bersesuaian atau tidak dengan diri korang. Mana yang nak cari kerja, Maukerja ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! < KLIK LINK NI

Beberapa perkara yang harus korang perhatikan sewaktu datang untuk temuduga adalah:

1. Keadaan tempat letak kereta

Pertama sekali bila korang datang untuk temuduga tempat pertama yang korang akan lalui adalah tempat letak kereta. Perhatikan jika ada ruang khas untuk VVIP atau tidak. Jika ada, itu menunjukkan bagaimana hierarki di syarikat tersebut. Kalau korang yang datang ke temuduga menggunakan kereta, adakah ruang khas disediakan bagi pengunjung ataupun client? Kesemua ini sedikit sebanyak menunjukkan bagaimana layanan majikan kepada para pekerjanya. 

Ada juga sesetengah company yang mementingkan alam persekitaran, jadi lihat jika ada ruang yang disediakan untuk kereta jenis hybrid atau mesra alam. Adakah company itu menyediakan laluan untuk mereka yang menaiki basikal? Paling penting sekali, ruang motosikal adakah diberikan atau perlu berpanas hujan sepanjang hari? Ini penting tau.

2. Cara mereka menyambut korang

Perkara kedua yang korang akan perasan adalah apabila korang pergi je ke meja penyambut tetamu, perhatikan jika mereka sedia maklum dengan kedatang korang atau tidak. Kalau mereka tak tahu-menahu tentang kedatangan korang dan individu yang sepatutnya interview korang pun tak ada dalam office tanpa memaklumkan korang, ini satu petunjuk bagaimana cara mereka bekerja.

Adakah mereka menyambut anda dengan baik? Kalau muka pun masam mencuka kita pun tak rasa seronok lah nak bekerja dekat situ kan. Hehe..

3. Bagaimana para bekerja berinteraksi

Bila korang datang ke pejabat, sambil-sambil duduk menunggu dipanggil tu apa kata korang lihat sekitar. Tengok bagaimana  para pekerja  berinteraksi, adakah mereka ramah, dan saling menyokong satu sama lain? Paling kritikal sekali yang korang perlu lihatkan adalah, pekerja di situ tegur penyambut tetamu dengan mesra atau tidak? Mereke semua tu bakal jadi rakan sekerja korang tau, jadi perlu juga tahu bagaimana sikap mereka.

Bila korang dah duduk dekat bahagian lobi tu, kawasan utama untuk pekerja lalu korang akaan perhatikan pelbagai jenis pekerja. Yang terbaik adalah jika ada pekerja yang bersemangat dengan menegur rakan sekerja dan berjalan bersama menaiki lif. Korang boleh nampak betapa bersemangatnya  mereka dan senyum walaupun masih awal.

4. Cara penyambut tetamu menjawab telefon

Mungkin nampak macam tak berapa kena tetapi ini penting juga. Perhatikan bagaimana mereka menjawab panggilan telefon. Adakah mereka menjawab secara acuh tak acuh dan kasar? Kalau begitu, korang pun boleh nampak bagaimana sikap pekerja di sana yang tidak beretika. Pekerja yang baik akan menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan oleh orang dengan baik, sopan dan tertiba kerana mereka adalah imej syarikat. 

Bukan itu je, kalau korang perasan yang mereka macam nak tak nak jawab je itu menunjukkan yang mereka tiada motivasi dalam melakukan kerja. Boleh jadi, bos di sana tidak ambil tahu mengenai pekerjanya dan bermacam faktor lagi.

5. Kebajikan dan kesihatan pekerja

Kalau korang datang sedikit awal untuk temuduga, cuba pergi ke kafeteria mereka. Lihat jenis makanan yang disediakan dan kawasan tersebut. Adakah ianya  bersih? Keadaan makanan yang disediakan adakah okay? Kafeteria  adalah tempat yang penting buat kesemua pekerja kerana itulah tempat untuk mereka makan tengah hari. Jika office terletak jauh daripada kawasan kedai makan dna kafeterianya pula tidak memuaskan, ini perlu untuk korang pertimbangkan.

6. Pekerjanya bermuka masam atau gembira?

Sudah la korang terketar-ketar dan gerun nak hadapi temuduga, tiba-tiba pula ada pekerja  yang sedang marah-marah pekerja lain betul-betul terjadi depan mata korang. Kalau dia  berikan komen yang membina boleh lagi diterima, tetapi ini menjerit dan baling barang. Haa.. itu memang susah lah kalau nak tahan kerja. Ingat, korang akan menghabiskan banyak masa dengan mereka tau.

Lagi satu yang perlu korang lihat bagaimana reaksi mereka bila bertemu korang. Ada sesetengahnya sindir dengan muka yang ego, ada juga yang tiba-tiba sahaja beri nasihat jangan bekerja dekat sana, bos teruk, macam-macam lah. Pertemuan sekejap ini pun dah boleh meyumbang kepada keputusan korang tau. Jadi persoalannya korang boleh tahan ke?

7. Adakah semuanya bergerak dengan pantas?

Saat korang masuk je office, telefon tak berhenti berbunyi. Pekerjanya pula semuanya bergerak pantas ke sini ke sana tak ada yang bersenang lenang hirup kopi di meja. Fikirkan bahawa korang mampu ke untuk bekerja di tempat yang semuanya bergerak dengan pantas atau tidak. Ianya akan mencabar fizikal dan mental, jadi kalau korang rasa korang tak mampu jangan paksa diri. Lagipun majikan akan terus push korang sebab semua  pekerja yang lain pun bekerja secara pantas dan ia akan buatkan korang tertekan.

8. Sistem yang teratur atau berselerak

Katakan lah temuduga korang sepatutnya berlangsung pada pukul 10 pagi tetapi sampai pukul 11 lebih korang masih lagi menunggu tanpa khabar berita pun. Orang lalu lalang je tanpa  menghiraukan korang yang masih menunggu di situ. Kalau begitu lah, ia bermaksud yang sistem mereka tidak teratur. Kalau penemuduga lambat dan langsung tidak meminta maaf, itu pentanda buruk.

Perhatikan juga jika penemuduga tidak fokus pada anda dan asyik lihat telefon sahaja. Memang mereka sibuk, tetapi sepatutnya mereka sudah kosongkan jadual untuk memberi laluan kepada anda. 

9. Budaya dan keadaan di office

Walaupun sudah tahun 2016 tetapi sebenarnya wujud lagi sifat perkauman ni. Kadang-kadang ada sesetengah syarikat yang dimonopoli oleh satu bangsa dan mereka tidak gemar akan orang lain. Walaupun dalam deskripsi kerja  mengatakan terbuka pada semua bangsa tetapi ada juga pekerja yang tak berapa suka. Cara paling senang untuk korang nak tahu adalah dengan bahasa yang digunakan sesama pekerja. 

Kalau mereka berkomunikasi dalam bahasa sendiri walaupun ada golongan minoriti dalam office itu, korang pun dah tahu macam mana kan? MInd your own business. Memang lah boleh buat tetapi apa perasaannya jika pergi kerja disisih dan hanya hadap kerja tanpa berinteraksi dengan orang lain buat jangka masa yang lama? Mesti akan timbul rasa tak seronok untuk bekerja kan.

10. Sibuk atau bersenang-lenang

Tak boleh nak buat kesimpulan berdasarkan 2 atau 3 orang pekerja sahaja. Sebaliknya cuba lihat secara menyeluruh. Adakah kesemua pekerja sibuk atau mereka sedang bersembang dan duduk bersahaja? Kalau kesemua pekerja nampak terlalu sibuk sehinggakan muka mereka pun nampak penat, itu menunjukkan yang syarikat itu kekurangan pekerja dan semua perlu buat kerja lebih. Kalau pekerja nampak senang dan berehat itu maksudnya syarikat itu bergerak secara perlahan. Keputusan semuanya  terletak pada korang.

Mana yang nak cari kerja, Maukerja ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! < KLIK LINK NI