

by Ani
Tengah nak cari kerja? Ha...tahu tak? Sebelum awak berjaya dalam mencari kerja, sebenarnya cara awak hantar email pun memainkan peranan penting tau. Email permohonan kerja adalah langkah pertama untuk menunjukkan kepada bakal majikan awak bahawa awak serius dan profesional. Namun, ramai still keliru tentang bagaimana nak tulis email yang betul. Jangan risau, kami ada semua yang awak perlukan.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan panduan lengkap, termasuk contoh email yang boleh awak gunakan untuk menarik perhatian majikan.
Email mohon kerja adalah kesan pertama yang awak berikan kepada majikan. Ia memainkan peranan penting dalam:
Dengan persaingan sengit dalam pasaran kerja, email yang ditulis dengan baik boleh menjadi kunci untuk membezakan awak daripada calon lain.
Pastikan email awak mengandungi elemen berikut:
Gunakan format ini sebagai panduan:

Baca Juga: Contoh Surat Perjanjian Pekerja Dan Majikan Yang Wajib Tahu!
Contoh:
.png)
Kandungan Email:
Kepada [Nama Penerima atau HR Manager],
Saya [Nama Awak] ingin memohon jawatan Eksekutif Pemasaran yang diiklankan di laman web syarikat Tuan/Puan. Bersama-sama email ini, saya sertakan resume serta dokumen sokongan untuk rujukan Tuan/Puan.
Saya percaya pengalaman saya dalam [Jawatan Sebelumnya] dan kemahiran saya dalam [Kemahiran Utama] akan memberi sumbangan besar kepada syarikat.
Saya amat berharap dapat diberi peluang untuk menghadiri temuduga dan berbincang dengan lebih lanjut mengenai bagaimana saya dapat menyumbang kepada syarikat.
Terima kasih di atas perhatian Tuan/Puan.
Sekian,
[Nama Awak]
[Nombor Telefon]
[Alamat Email]
Contoh:

Subject: Application for Marketing Executive Position
Email Body:
Dear [Recipient’s Name],
I hope this email finds you well. My name is [Nama Awak], and I would like to apply for the Marketing Executive position advertised on your company’s website. I have attached my resume and relevant documents for your review.
With my background in [Previous Role] and expertise in [Key Skills], I believe I can add value to your team.
I look forward to the opportunity to further discuss my application and how I can contribute to your company.
Best regards,
[Nama Awak]
[Phone Number]
[Email Address]
Baca Juga: Surat Cuti Kerja Balik Kampung, Template Terkini Untuk Pekerja!
.png)
Contoh:

Subjek: Pertanyaan Mengenai Kekosongan Jawatan
Kandungan Email:
Kepada [Nama Penerima atau HR],
Saya [Nama Awak] ingin bertanya sama ada terdapat kekosongan jawatan di syarikat Tuan/Puan, terutamanya dalam bidang [Nama Jawatan yang Diminati]. Saya telah melampirkan resume saya untuk pertimbangan Tuan/Puan.
Saya berharap untuk menerima maklum balas berkenaan peluang kerja ini.
Sekian, terima kasih atas perhatian Tuan/Puan.
Selesai sudah! Awak kini dah tahu dah bagaimana nak tulis email permohonan kerja yang bukan sahaja jelas, tetapi juga profesional. Ini adalah langkah pertama yang sangat penting dalam perjalanan mencari pekerjaan.
Jika awak nak memudahkan lagi pencarian kerja, drop resume awak di Maukerja. Platform ni membantu awak mencari pekerjaan dengan lebih cepat, tanpa perlu buang masa. Klik sini kalau awak nak drop resume untuk cari kerja cara cepat.
1. Apa itu contoh email mohon kerja?
Contoh email mohon kerja ialah format atau template yang boleh digunakan untuk menghantar permohonan kerja dengan cara yang lebih profesional dan berkesan.
2. Bagaimana cara hantar resume melalui email?
Awak hanya perlu pastikan subjek email jelas, lampirkan resume dalam format PDF, dan tulis email yang ringkas dan to the point.
3. Adakah contoh email mohon kerja dalam bahasa Inggeris disediakan?
Ya, kami juga menyediakan contoh email dalam bahasa Inggeris untuk permohonan kerja di syarikat antarabangsa.
4. Bagaimana cara menulis email permohonan kerja kerajaan?
Email permohonan kerja kerajaan lebih formal, dan pastikan dokumen sokongan seperti sijil akademik dilampirkan dengan lengkap.
5. Boleh ke saya guna email untuk bertanya tentang kerja kosong?
Tentu! Awak boleh menghantar email bertanya tentang kekosongan kerja, tetapi pastikan awak menggunakan bahasa yang profesional dan jelas.