by Ani
Hantar permohonan kerja melalui email nampak macam tugas mudah je tapi sebenarnya terdapat panduan dan etika yang awak perlu ikut. Dengan format yang betul, email mohon kerja boleh jadi elemen utama yang menarik perhatian majikan untuk membuka resume awak. Dalam artikel ini, kita akan bincangkan format menghantar resume melalui email, cara tulis email permohonan kerja, serta beberapa contoh email mohon kerja dalam Bahasa Melayu dan English untuk rujukan.
Email permohonan kerja adalah interaksi pertama awak dengan majikan. Kalau email tidak teratur atau kurang profesional, permohonan awak mungkin tidak diberi perhatian pun oleh majikan. Sebab itu, penting tau untuk tulis email dengan cara yang betul dan sesuai supaya peluang awak untuk dipanggil temuduga lebih tinggi.
Kalau awak masih tak dapat cari kerja lagi tu, boleh la klik sini untuk mohon kerja kosong dalam pelbagai bidang.
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk memastikan email permohonan kerja awak memenuhi standard profesional:
Pastikan alamat email awak nampak formal dan sesuai, seperti nama.penuh@email.com. Elakkan alamat email yang kelihatan tidak formal, contohnya macam hero_macho@email.com.
Bahagian tajuk email atau subject line perlu ringkas, jelas, dan terus kepada tujuan. Contohnya:
Baca Juga: Contoh Resume Fresh Graduate Tanpa Pengalaman, Power!
Kandungan email adalah peluang pertama untuk menunjukkan diri awak kepada majikan. Ia perlu padat dan menarik:
Resume awak sebaiknya disimpan dalam format PDF supaya dokumen kelihatan profesional dan tidak berubah apabila dibuka oleh majikan.
Sebelum menghantar, periksa semula email awak untuk memastikan tiada kesalahan ejaan atau tatabahasa. Juga, pastikan semua lampiran telah dimasukkan.
Subject: Permohonan Jawatan Pegawai Sumber Manusia – Nur Afiqah
Isi Kandungan:
Dengan segala hormat, saya ingin memohon jawatan Pegawai Sumber Manusia seperti yang diiklankan di [platform iklan kerja].
Saya merupakan graduan Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Malaya dan berpengalaman dalam mengendalikan program latihan kakitangan. Saya yakin pengalaman dan kemahiran saya dapat membantu meningkatkan prestasi syarikat.
Resume saya dilampirkan bersama email ini untuk rujukan. Saya sedia dihubungi untuk sesi temuduga pada bila-bila masa yang sesuai.
Terima kasih atas perhatian pihak tuan/puan.
Subject: Application for Software Engineer – Adam Lee
Isi Kandungan:
Dear [Name of HR/Recruiter],
I am writing to express my interest in the Software Engineer position as advertised on [job portal].
As a recent graduate in Computer Science from Taylor’s University, I bring expertise in programming languages and experience in software development. I am confident my skills align with the goals of your team.
Attached is my resume for your review. I look forward to discussing how I can contribute to your organization.
Thank you for your time and consideration.
Best regards,
Adam Lee
Menghantar email mohon kerja memerlukan usaha dan perhatian kepada perincian. Cara awak menulis dan menyampaikan maklumat menunjukkan kesungguhan serta sikap profesional. Gunakan panduan ini untuk memastikan email awak tersusun dan mudah difahami.
Kalau awak dah cuba hantar email berkali-kali tapi masih belum dapat pekerjaan, jangan risau! Maukerja ada banyak peluang pekerjaan yang sesuai untuk semua. Nak lagi senang dalam proses mencari kerja, awak boleh je drop resume di Maukerja! Nanti kami akan automatik hantar resume awak ke beribu-ribu majikan yang tengah mencari pekerja.
1. Apakah format terbaik untuk resume yang dilampirkan?
Gunakan format PDF kerana ia kelihatan lebih kemas dan mudah dibuka oleh majikan.
2. Apa yang perlu ditulis dalam tajuk email?
Tuliskan jawatan yang dipohon dan nama awak, contohnya: “Permohonan Jawatan Pereka Grafik – Ainul Najwa”.
3. Perlukah tulis isi kandungan jika resume sudah dilampirkan?
Ya, kandungan email penting untuk memperkenalkan diri dan menyatakan niat permohonan dengan jelas.
4. Berapa lama perlu tunggu sebelum susuli email permohonan?
Susuli dalam tempoh 5-7 hari bekerja jika tiada sebarang maklum balas.
5. Perlukah guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?
Gunakan bahasa yang sama seperti iklan kerja. Jika iklan dalam BM, gunakan BM. Jika dalam English, gunakan English.
Membantu anda mengembangkan kerjaya anda dengan lebih baik