by Ani
Pada 1 Februari 2025, gaji minimum di Malaysia akan dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan! Peningkatan ini adalah satu langkah positif dalam memastikan kesejahteraan pekerja di seluruh negara. Tapi, apakah maksud gaji minimum, dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda sebagai pekerja? Jom kita kupas lebih lanjut!
Gaji minimum ialah jumlah bayaran terendah yang wajib dibayar oleh majikan kepada pekerja berdasarkan undang-undang. Tujuannya adalah untuk melindungi pekerja daripada dieksploitasi dengan bayaran yang terlalu rendah serta memastikan taraf hidup yang lebih baik.
Di Malaysia, dasar gaji minimum pertama kali diperkenalkan pada tahun 2011 dengan penggubalan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara [Akta 732]. Setiap tahun, kerajaan melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan menilai dan mencadangkan kadar gaji minimum yang sesuai berdasarkan keadaan ekonomi semasa.
Nak tahu sama ada gaji korang underpaid atau tak? Klik disini untuk check
Dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan, berkuat kuasa 1 Februari 2025. Langkah ini diambil untuk memastikan pendapatan pekerja sejajar dengan kenaikan kos sara hidup.
Namun, terdapat sedikit kelonggaran kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, di mana mereka diberikan tempoh penangguhan selama 6 bulan, menjadikan tarikh kuat kuasa bagi mereka bermula pada 1 Ogos 2025.
Nak tahu gaji minimum di Malaysia dari tahun 2014 hingga 2025? Klik sini untuk tahu
Kerajaan telah menetapkan bahawa pelaksanaan gaji minimum RM1,700 akan bermula pada 1 Februari 2025. Pekerja yang layak seharusnya menerima bayaran ini dalam slip gaji mereka bermula bulan berikutnya. Ini contoh slip gaji dan butiran penting yang anda patut tahu.
Sekiranya majikan anda mempunyai kurang daripada lima pekerja, anda hanya akan menikmati kenaikan ini bermula 1 Ogos 2025.
Malaysia telah memperkenalkan Perintah Gaji Minimum (PGM) sejak tahun 2012, selepas penggubalan Akta 732 pada tahun 2011. Sehingga kini, terdapat enam (6) PGM, dan yang terkini adalah PGM 2024.
Proses penetapan kadar gaji minimum dilakukan melalui:
Sekiranya majikan anda enggan membayar gaji minimum seperti yang ditetapkan, anda boleh mengambil langkah berikut:
Peningkatan gaji minimum kepada RM1,700 bermula 1 Februari 2025 merupakan satu langkah penting dalam meningkatkan kesejahteraan pekerja di Malaysia. Pastikan anda mengetahui hak anda sebagai pekerja dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya hak tersebut tidak dipenuhi.
Jika anda sedang mencari peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang kompetitif, boleh la cari peluang kerja di Maukerja untuk pelbagai jawatan menarik sesuai dengan kelayakan anda!
1. Apakah maksud gaji minimum?
Gaji minimum ialah bayaran terendah yang wajib diberikan kepada pekerja oleh majikan berdasarkan undang-undang.
2. Bila gaji minimum RM1,700 akan mula berkuat kuasa?
Gaji minimum baharu akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.
3. Bagaimana jika majikan tidak membayar gaji minimum?
Anda boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan lanjut.
4. Adakah semua syarikat wajib mematuhi gaji minimum RM1,700?
Ya, kecuali syarikat dengan kurang daripada lima pekerja yang diberi tempoh penangguhan sehingga 1 Ogos 2025.
5. Di mana boleh mencari kerja dengan gaji minimum yang kompetitif?
Anda boleh mencari peluang pekerjaan di portal Maukerja untuk jawatan yang menawarkan gaji menarik.