Siapa Sangka Orang Bangladesh Kerja Buruh Rupanya Ahli Farmasi Buatkan Doktor Ini Terkedu
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa

Siapa Sangka Orang Bangladesh Kerja Buruh Rupanya Ahli Farmasi Buatkan Doktor Ini Terkedu

post by Aisya

by Aisya

Jul 31, 2016
pada 3:44 AM

Sebab itu orang kata jangan menilai seseorang berdasarkan luaran, apa yang kita nampak pada dasarnya tak menjamin kita tahu betul-betul siapa dia sebenarnya. Jangan ingat mereka yang bekerja jual nasi lemak di tepi jalan tu tak ada pendidikan yang tinggi okay. Pokok pangkalnya, jangan suka mendabik dada selalu dan memandang rendah pada orang lain.

Hal ini berkaitan dengan pengalaman seorang doktor bertauliah yang melayan pesakitnya berbangsa Bangladesh. Perkongsian ini datang daripada seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Goh, mempunyai klinik persendirian di Johor Bharu yang boleh membuka mata rakyat Malaysia dalam memandang warga asing yang bekerja di negara kita ni.

Tulisan asalnya adalah dalam bahasa Mandarin dan berikut adalah terjemahan dalam bahasa Inggeris. 

Seorang warga Bangladesh datang dengan hanya memakai kasut boots Phua Chu Kang tahu medical term yang kompleks

Pada asalnya pesakit warganegara asing itu datang ke klinik milik Dr Goh untuk mendapatkan rawatan kerana diarrhea tapi apa yang mengejutkan adalah apabila pesakit itu sendiri memberitahu kepada doktor simptom dan kemungkinan penyakit yang dia hadapi dalam medical term yang tak ramai tahu. 

Doktor Goh bertanyakan bagaimana dia tahu apa maksud terma itu, dan dia hanya mendiamkan diri. Mungkin dia pernah mendengar terma itu dalam televisyen ataupun buku tapi yang lagi memeranjatkan apabila Dr Goh mahu memberi preskripsi dan dia sendiri memberitahu nama-nama ubat yang dia perlukan. Okay ini ganjil sebab hanya doktor atau ahli farmasi sahaja yang tahu nama-nama ubat yang kompleks ini.

Setelah ditanya, Bangladesh itu memberitahu bahawa dia adalah seorang ahli farmasi di negara sana dan juga mempunyai sebuah farmasi sendiri. Abangnya juga merupakan seorang lulusan doktor. Jadi bagaimana boleh menjadi seorang buruh kasar di Malaysia?

Memandangkan pergolakan politik yang berlaku di sana, dia memutuskan untuk berhijrah di Malaysia dan dapatkan apa-apa kerja sekalipun tanpa memilih. Apabila keadaan kembali okay dan normal, dia akan kembali ke Bangladesh. 

Sanggup korbankan kerjaya dan berpanas terik demi mencari sesuap nasi

Murninya pengorbanan yang dilakukan oleh warganegara asing ini. Berkelulusan tinggi, memiliki ijazah serta farmasi sendiri sanggup berkorban dan berhijrah ke negara asing semata-mata mencari punca pendapatan dan keadaan politik di sana yang tidak menentu. 

Apa yang membimbangkan Doktor Goh adalah dia sanggup mengorbankan kerjaya utamanya dan bila kah dia akan dapat kembali peluang untuk meneruskan kerjaya sebagai ahli farmasi? Kalau kita sanggup ke?

*Sumber: Facebook