Penjawat Awam Pahang Dapat RM1,000 Duit Raya, Biar Betul!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Penjawat Awam Pahang Dapat RM1,000 Duit Raya, Biar Betul!

post by Ani

by Ani

Mar 13, 2025
pada 3:04 PM

Penjawat Awam Pahang Dapat RM1,000 Duit Raya, Biar Betul!

Wahhh, berita yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai juga! Penjawat awam Pahang juga bakal terima Duit Raya seperti bonus raya yang diterima oleh penjawat awam negeri Perak dan Pulau Pinang.

Berapa Duit Raya Penjawat Awam 2025 untuk Negeri Pahang dan Siapa Dapat?

Okay, straight to the point. Kerajaan negeri Pahang dah umumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 untuk lebih 8,000 penjawat awam negeri tersebut.

Bukan sikit ya, total RM8 juta diperuntukkan untuk bantu rakyat, khasnya penjawat awam yang dah bertungkus-lumus kerja demi rakyat selama ni.

Yang paling best, duit raya ni akan mula dibayar seminggu sebelum Aidilfitri. So cukup masa nak buat persiapan beli baju raya, kemas rumah, cari duit minyak balik kampung... Confirm lega kan!

bonus penjawat awam

Kenapa Duit Raya Ni Sangat Bermakna?

Kalau korang rasa, "Ala RM1,000 je...". Percayalah, zaman sekarang semua benda mahal. Nak beli lauk raya, kuih-muih, baju anak-anak, belum kira lagi kos tol & minyak nak balik kampung.

So, duit raya ni ibarat penyelamat poket lah kan? Sekurang-kurangnya, boleh kurangkan sikit beban kewangan korang. Lagi-lagi yang ada anak ramai, atau yang duduk jauh dari kampung.

Selain itu, rasa dihargai tu yang paling priceless. Bila kerajaan negeri bagi perhatian dekat penjawat awam, rasa macam ada orang nampak usaha korang selama ni. 

Baca Juga: Bonus Raya Penjawat Awam 2025 - Ini Jumlah & Tarikh Bayaran!

Bila Duit Raya 2025 Ni Masuk?

Mesti korang tertanya-tanya, "Bila duit raya masuk akaun ni?!" Tenang dulu, Menteri Besar Pahang dah umumkan pembayaran akan dibuat seminggu sebelum Aidilfitri. So, standby je lah tengok akaun nanti ye.

Boleh terus buat checklist shopping raya baju anak, baju mak ayah, barang dapur, duit raya untuk anak buah!

shopping raya

Baca Juga: Bonus Raya Penjawat Awam 2025 - Penjawat Awam Perak Bakal Terima RM1,500!

Selain Duit Raya, Ada Lagi Tak Bantuan Lain?

Haa ni lagi satu berita baik! Untuk yang duduk Pahang, kerajaan negeri juga akan buat Program Jualan Makmur Kluster Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Apa benda program ni?

  • Jualan barangan keperluan raya dengan harga lebih murah. Potongan antara 15% hingga 30%!
  • Ada 26 lokasi seluruh Pahang, dari 22 hingga 27 Mac 2025.
  • Barang-barang macam minyak, gula, ayam, daging semua masuk senarai tau!

Ini memang peluang baik untuk korang yang nak berjimat. Dengan harga barang yang makin naik sekarang, dapat diskaun macam ni kira rezeki besar juga.

Apa Kata Menteri Besar Pahang?

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kata:

"Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk sambut Aidilfitri, dan menaikkan semangat untuk terus berkhidmat cemerlang."

Nampak kan? Usaha korang selama ni tak sia-sia.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Kesimpulan: Bersyukur & Bijak Urus Duit Raya

Akhir kata, tahniah & syabas kepada semua penjawat awam Pahang! Semoga raya tahun ni lebih bermakna, penuh keceriaan bersama keluarga tercinta.

Dan untuk geng penjawat awam negeri lain, sama-sama lah kita doa, mudah-mudahan lepas ni ada lagi pengumuman duit raya atau bonus raya dari negeri masing-masing.

Drop resume