Hadiah Perpisahan Rakan Sekerja? Ni 25 Idea Hadiah Boleh Bagi
# Pengetahuan Pekerja # Others

Hadiah Perpisahan Rakan Sekerja? Ni 25 Idea Hadiah Boleh Bagi

post by Ani

by Ani

Apr 17, 2025
pada 2:26 PM

Hadiah Perpisahan Rakan Sekerja? Ni 25 Idea Hadiah Boleh Bagi

Bila rakan sekerja yang kita rapat tiba-tiba nak tukar kerja atau berhenti kerja, mesti rasa sedih kan? Lagi-lagi kalau dia tu geng lunch dan geng borak masa OT. Memang susah nak move on. Tapi apa cara paling best untuk ucap “thank you & good luck” pada dia?

Jawapannya ialah dengan bagi hadiah perpisahan yang ikhlas dan bermakna 

So, dalam artikel ni, kita akan share 25 idea hadiah perpisahan rakan sekerja yang bukan je cantik dan thoughtful, tapi juga sesuai dengan bajet. Jom tengok list ni dan pilih mana satu paling ngam untuk BFF kat ofis tu.

Kenapa Hadiah Perpisahan Rakan Sekerja Penting?

hadiah perpisahan rakan sekerja

Kadang-kadang kita rasa macam, “Ala… dia nak resign je pun, perlu ke hadiah?” Tapi, hadiah perpisahan ni sebenarnya tanda penghargaan. Tak semestinya mahal, yang penting meaningful.

  • Tunjuk kita appreciate masa & effort dia
  • Bagi kenangan manis sebelum dia tinggalkan tempat kerja
  • Eratkan hubungan, mana tahu lepas ni boleh jadi networking luar pejabat!

Baca Juga: Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Pelbagai Sektor [BM & BI]

Tips Pilih Hadiah Perpisahan Yang Sesuai

Sebelum shopping, kena tahu dulu:

  1. Hubungan awak dengan dia – Close ke? Atau sekadar teammate biasa?
  2. Jenis personaliti dia – Introvert, extrovert, suka benda aesthetic ke practical?
  3. Bajet – Tak semestinya kena over RM100, bawah RM50 pun banyak idea cun!

Let’s gooo! Nah senarai siap dengan kategori dan anggaran harga.

hadiah perpisahan rakan sekerja

Hadiah Personal & Custom Made (RM20 - RM80)

  1. Mug Custom Nama
  2. Planner 2025 Aesthetic (Untuk rakan yang suka tulis to-do list setiap hari)
  3. Tote Bag Custom Design (Letak nama dia)
  4. Mini Scrapbook Kenangan (Gambar selfie, notes dari teammates, QR code link video)
  5. Keychain Acrylic Nama

Hadiah Untuk Yang Tech Savvy

  1. Wireless Mouse Colorful
  2. Cable Organizer Pouch
  3. Mini Bluetooth Speaker
  4. Powerbank Slim
  5. USB Pendrive Bentuk Comel

Hadiah Untuk Yang Suka Chill & Self Care

  1. Aromatherapy Candle
  2. Skincare Set Travel Size
  3. Bath Bombs Set
  4. Essential Oil Roll On
  5. Face Mask Box

Hadiah Untuk Foodie Ofis

  1. Tumbler Stainless Steel
  2. Set Bekal Lunch Box
  3. Goodies Basket – Snek Viral TikTok
  4. Biskut Homemade Custom Packaging
  5. Kopi Premium Dalam Kotak Cantik

Hadiah Last Minute Tapi Tetap Meaningful

  1. Kad Ucapan Handmade + Ayat Menyentuh Jiwa
  2. Jar of Notes (Penuh dengan ucapan dari team)
  3. Bunga Kertas DIY
  4. Gift Card (Watsons/Grab/Shopee)
  5. Mini Frame Quote Motivasi

Do’s & Don’ts Masa Nak Bagi Hadiah Perpisahan

Do’s & Don’ts

Do’s:

  • Bagi sesuatu yang berkait dengan minat dia
  • Boleh diguna lepas dia tukar kerja
  • Tambah ucapan ikhlas dari hati

Don’ts:

  • Jangan bagi hadiah sensitif (contoh: produk diet)
  • Elak hadiah terlalu personal (macam perfume kalau tak rapat atau tak tahu wangian apa dia suka)

Contoh Ucapan Perpisahan Yang Boleh Buat Dia Sebak

Kalau awak stuck nak tulis apa dalam kad ucapan, try salah satu ni:

  • “Terima kasih sebab selalu jadi cahaya kat tempat kerja ni. Good luck kat tempat baru. We’ll miss your energy!”
  • “Mungkin kita dah tak share meja, tapi memori dengan awak akan sentiasa ada dalam hati. Jumpa lagi nanti...okay?”

Baca Juga: Ucapan Perpisahan Kerja: Kata-Kata Perpisahan Sahabat Kerja dan Bos

Nak Cari Kerja Baru Lepas Resign? Try Drop Resume Di Maukerja!

Kalau tengah scroll artikel ni sebab awak sendiri nak resign, jangan risau. Banyak kerja best kat Maukerja yang tengah hiring sekarang!
Dari kerja admin, marketing, sampai HR semua ada. Apply je cepat-cepat sebelum penuh atau kalau nak lagi cepat boleh terus drop resume di Maukerja.

Drop resume

Nak Cari Kerja? Jom, Mohon Kerja Kosong Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal Boleh Mohon:

Jawatan Kosong Mengikut Lokasi:

Panduan Kerjaya:

1. Apa hadiah yang sesuai untuk rakan sekerja resign?
Hadiah simple macam mug custom, planner atau kad ucapan handmade pun dah cukup sweet.

2. Kalau nak bagi hadiah last minute, apa idea paling cepat?
Try gift card, jar of notes atau bunga kertas DIY. Semua boleh settle dalam sehari.

3. Sesuai ke bagi hadiah mahal?
Kalau ramai in the team & nak share bajet, boleh juga! Tapi tak wajib pun mahal, yang penting ikhlas.