by Ani
Zaman sekarang, peluang jana pendapatan makin terbuka luas. Tak semestinya duduk di pejabat, tak semestinya ada syarikat besar. Ramai yang memilih untuk ‘buat duit’ dari media sosial saja. Contohnya jadi Youtuber, Instafamous, influencer, atau pempengaruh. Tapi satu benda yang ramai terlepas pandang ialah pendapatan dari dunia digital ini juga tidak terkecuali daripada tanggungjawab cukai.
Baru-baru ini, Ketua Penolong Pengarah LHDN Kuala Lumpur, Syed Mohd Syukree Syed Mohd Kamil tampil beri peringatan kepada semua, sesiapa sahaja yang menjana pendapatan, termasuklah dari paid review, endorsement, collab berbayar, dan sebagainya perlu laporkan pendapatan kepada LHDN.
Menurut LHDN, mana-mana individu yang terima bayaran hasil dari kerja atau perniagaan, walaupun hanya buat content dari rumah tetap dikira sebagai ‘menjalankan perniagaan’ dan wajib laporkan pendapatan.
Kalau anda majikan pula, info ini sangat penting untuk diberi perhatian. Terutama jika syarikat anda ada buat bayaran kepada freelancers, pempengaruh atau mana-mana content creator, pastikan urusan cukai mereka jelas dan betul. Tak kiralah jumlah pendapatan kecil atau besar, jika ada income, wajib lapor!
> Dah penat cari kerja? Jom, mohon & cari kerja disini sebab ada banyak kerja kosong <
Untuk yang masih ambil ringan, LHDN dah jelaskan secara terbuka iaitu kegagalan melaporkan pendapatan merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
Berdasarkan Seksyen 112(1), Akta Cukai Pendapatan 1967, individu yang gagal hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan:
Jadi, jangan pandang mudah. Walaupun kerja dari rumah atau sekadar buat side income, tanggungjawab kepada LHDN tetap kena selesaikan.
Selain daripada hukuman denda, satu lagi perkara yang ramai takut ialah audit cukai. Proses audit ini boleh berlaku jika LHDN kesan sebarang transaksi atau pendapatan yang tidak dilaporkan dengan betul. Mereka berhak membuat semakan penuh terhadap semua rekod perniagaan, transaksi bank dan dokumen kewangan.
Bila audit bermula:
Jadi lebih baik ambil langkah awal dan pastikan semua pendapatan, termasuk dari kerjasama dengan influencer atau freelancers, didaftarkan dan dilaporkan dengan betul.
Baca Juga: Kadar Cukai Pendapatan 2025: Apa yang Majikan di Malaysia Perlu Tahu
Untuk info, LHDN dah buka tarikh penghantaran Borang B bagi mereka yang menjalankan perniagaan, termasuk pempengaruh digital.
Majikan juga digalakkan bantu freelancer atau individu yang bekerjasama dengan syarikat untuk lebih faham tentang kewajipan lapor cukai. Bila semua pihak ambil tanggungjawab awal, risiko masalah di kemudian hari boleh dielakkan.
Baca Juga: Nombor Pengenalan Cukai, Wajib Ke Untuk Pekerja? Ini Infonya
Dunia digital memang membuka banyak ruang untuk cari rezeki. Tapi jangan lupa, bila ada pendapatan, walau dari media sosial sekali pun tanggungjawab sebagai pembayar cukai tetap perlu dipenuhi.
Sebagai majikan atau usahawan, lebih baik ambil tahu dan bersedia dari awal. Pastikan semua transaksi direkod dan pendapatan dilapor kepada LHDN. Jangan tunggu sampai kena audit atau surat amaran. Bertindak awal lebih tenang dan lebih selamat!
Kalau nak maklumat lanjut, boleh terus layari Portal MyTax atau hubungi pejabat LHDN terdekat.
Pekerjaan Terkenal:
Jawatan Kosong Berdasarkan Lokasi:
Panduan Kerjaya: