Hari Pekerja 2025: Tema Hari Pekerja Serta Sejarahnya
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Hari Pekerja 2025: Tema Hari Pekerja Serta Sejarahnya

post by Ani

by Ani

Apr 21, 2025
pada 11:47 AM

Hari Pekerja 2025: Tema Hari Pekerja Serta Sejarahnya

Bila sebut tentang Hari Pekerja, mesti ramai antara kita yang dah mula plan cuti panjang, kan? Tapi sebenarnya, Hari Pekerja bukan sekadar public holiday biasa dalam kalendar cuti. Di sebalik tarikh ini, tersimpan makna yang cukup mendalam tentang perjuangan, pengorbanan dan hak setiap insan yang bergelar pekerja.

Jom kita kupas bersama tentang tarikh Hari Pekerja 2025, sejarah di sebaliknya, tema rasmi tahun ini, dan cadangan aktiviti menarik yang boleh korang join! Trust me, lepas baca artikel ni, korang akan rasa lebih menghargai setiap titik peluh yang korang curahkan setiap hari!

Tarikh Hari Pekerja 2025

Tarikh Rasmi Hari Pekerja 2025 ialah pada 1 Mei 2025 (Khamis). Hari Pekerja atau Labour Day ni merupakan salah satu cuti umum yang diraikan di seluruh Malaysia.

Jadi kalau korang kerja sektor swasta atau kerajaan, confirm dapat rehat sehari! Lagi best kalau jatuh dekat dengan hujung minggu, boleh sambung cuti panjang. Bukan setakat di Malaysia je, seluruh dunia sambut tarikh yang sama sebagai penghargaan untuk pekerja. So, jangan terkejut kalau media sosial korang penuh dengan ucapan "Selamat Hari Pekerja" nanti!

Baca Juga: Ini Koleksi 50 Ucapan Hari Pekerja Simple & Deep

Sejarah Hari Pekerja Dan Kenapa Kita Sambut?

sejarah hari pekerja

Okay, now kita throwback sikit. Pernah tak korang terfikir kenapa 1 Mei ni dipilih sebagai Hari Pekerja?

Semuanya bermula dari pergerakan buruh di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19. Pekerja ketika itu menuntut hak untuk waktu kerja yang adil. Bayangkan, mereka terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari, 7 hari seminggu! Tanpa cuti, tanpa elaun, tanpa perlindungan.

Disebabkan tekanan tu, pada 1 Mei 1886, satu perarakan besar-besaran telah diadakan oleh kesatuan sekerja di Chicago menuntut hak waktu kerja 8 jam sehari. Demonstrasi ni jadi simbol perjuangan hak pekerja yang akhirnya mencetuskan kesedaran global tentang keperluan menjaga kebajikan pekerja.

Di Malaysia, Hari Pekerja mula diraikan secara rasmi pada tahun 1972 sebagai penghormatan kepada sumbangan pekerja dalam pembangunan negara. Sambutan ni jugak jadi platform utama untuk kerajaan, kesatuan sekerja, dan majikan mengingatkan tentang hak pekerja Malaysia, keseimbangan hidup dan kerja, serta keadilan sosial.

So, setiap kali kita celebrate Hari Pekerja ia bukan sekadar "yay cuti!" tapi lebih kepada menghargai perjuangan pekerja terdahulu yang membuka jalan untuk hak-hak pekerja yang kita nikmati hari ini.

Tema Hari Pekerja 2025

Tema Sambutan Hari Pekerja 2025 yang telah diumumkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini adalah “PEKERJA KESUMA BANGSA”.

Manakala logo rasmi Hari Pekerja 2025 pula selari dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia yang kini dikenali sebagai KESUMA.

Hari Pekerja lebih dari sekadar cuti umum. Ia simbol penghormatan untuk usaha setiap insan yang bekerja keras demi kelangsungan hidup sendiri dan pembangunan negara. So, hargai diri sendiri dan jangan lupa, kalau korang tengah struggle cari kerja, Maukerja sentiasa ready nak tolong.

Kenapa bazir masa hantar satu-satu resume bila korang boleh "Drop Resume" dekat Maukerja dan biar syarikat cari korang? Jangan tunggu sampai terlambat, peluang kerja tak tunggu orang lambat!

drop resume

Soalan Lazim (FAQ) Hari Pekerja 2025

1. Bila tarikh Hari Pekerja 2025 di Malaysia?

Hari Pekerja akan disambut pada 1 Mei 2025 (Khamis) dan ia adalah cuti umum di seluruh negara.

2. Kenapa kita sambut Hari Pekerja setiap tahun?

Hari Pekerja diraikan sebagai penghargaan kepada sumbangan dan perjuangan pekerja dalam membangunkan negara dan memastikan hak-hak pekerja terus dipelihara.

3. Apa tema rasmi Hari Pekerja 2025?

Tema Hari Pekerja 2025 adalah “PEKERJA KESUMA BANGSA”.

4. Di mana tempat terbaik cari kerja sebelum Hari Pekerja?

Kalau korang tengah cari kerja baru, terus drop resume kat Maukerja! Tak payah tunggu lama, kerja datang cari korang.


Tools Kerjaya Yang Anda Boleh Cuba:

Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: