KUALA LUMPUR, 1 Mei 2025 – Kerajaan Malaysia kini melancarkan Kad Pekerja MADANI, sebuah kad digital yang menawarkan diskaun sehingga 30% untuk barangan dan perkhidmatan keperluan harian. Inisiatif ini menyasarkan untuk meringankan beban kos sara hidup golongan pekerja, dan bakal memberi manfaat kepada 1 juta ahli kesatuan sekerja di seluruh negara. Pelancaran rasmi telah diadakan sempena sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Bagi pihak majikan, Kad Pekerja MADANI bukan sekadar sokongan untuk pekerja, ia juga boleh menjadi strategi bijak untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam syarikat.