Hari Guru 2025 Dah Dekat! Ini Tema Hari Guru 2025 Patut Tahu
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Hari Guru 2025 Dah Dekat! Ini Tema Hari Guru 2025 Patut Tahu

post by Ani

by Ani

May 8, 2025
pada 10:39 AM

Hari Guru 2025 Dah Dekat! Ini Tema Hari Guru 2025 Patut Tahu

Setiap tahun, 16 Mei akan jadi tarikh keramat buat semua pendidik di Malaysia. Ia bukan sekadar sambutan biasa, tapi satu penghargaan mendalam buat mereka yang banyak berkorban masa, tenaga dan emosi untuk membentuk generasi masa depan.

Tarikh Hari Guru 2025

Hari Guru disambut setiap tahun pada 16 Mei, dan tahun 2025 pun sama. Tapi kenapa tarikh ni? 16 Mei dipilih sebab ia adalah hari di mana Dasar Pendidikan Kebangsaan pertama kali diumumkan pada tahun 1956. Dari situ, bermulalah satu perjalanan panjang dalam sistem pendidikan negara kita. Jadi, setiap kali 16 Mei datang, ia bukan sekadar sambutan tapi satu peringatan.

Kalau tertanya-tanya sama ada cuti ke tak...nope, Hari Guru bukan cuti umum, tapi di sekolah memang meriah dengan sambutan khas untuk guru-guru.

Nak cari kerja? Jom, drop resume di Maukerja & biar kerja cari korang! <

Tema Hari Guru 2025: Maksud & Penghayatan Tema Terkini

Fadhlina Sidek

Seperti diumumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dalam Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #TerimaKasihCikgu, tema rasmi tahun ini ialah:

“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”

Tema ini meletakkan guru sebagai tulang belakang perubahan sistem pendidikan negara. Maksudnya?

  • Guru bukan lagi hanya penyampai ilmu, tapi agen perubahan
  • Mereka membantu mengolah dasar, mengubah kaedah pembelajaran dan menghidupkan budaya pendidikan yang progresif
  • Fokus pada pendidikan abad ke-21 yang lebih dinamik, kreatif, dan berfokus kepada pelajar

Ia selari dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia yang nak reformasi sistem pendidikan, dan guru adalah jantungnya.

Drop resume

Senarai Tema Hari Guru Dari Tahun 2018 Hingga 2025

Throwback sikit, jom tengok tema-tema tahun lepas. Mana tahu boleh jadi inspirasi untuk poster, video montaj atau ucapan:

  • 2025: Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
  • 2024: Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani
  • 2023: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
  • 2022: Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA
  • 2021: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2020: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2019: Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2018: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

...dan banyak lagi yang menunjukkan betapa pentingnya guru dalam pembangunan negara.

Aktiviti Menarik Sambutan Hari Guru di Sekolah & Tempat Kerja

Walaupun asalnya disambut di sekolah, tapi vibes Hari Guru sekarang dah sampai ke pejabat, komuniti dan platform digital! Antara aktiviti menarik:

  • Persembahan pelajar (teater, nyanyian, pantun)
  • Video ucapan digital dari alumni
  • Anugerah khas: "Cikgu Paling Sporting", "Cikgu Paling Caring"
  • Makan-makan potluck atau jamuan santai
  • Aktiviti TikTok dan IG Story appreciation

Kalau tempat kerja ada team HR yang peka, jangan terkejut kalau ada surprise untuk bekas guru dalam organisasi tu. Supportive gila!

> Klik sini kalau nak mohon kerja kosong guru

Hadiah Hari Guru Yang Simple Tapi Bermakna (Tak Perlu Mahal!)

Jangan stress nak bagi hadiah ribu-ribu. Apa yang penting ialah niat dan ikhlas. Antara hadiah popular:

  • Frame atau kad ucapan DIY
  • Tumbler/custom mug dengan nama cikgu
  • Buku atau planner
  • Pen berukir nama cikgu
  • Hadiah digital (ebook, voucher Lazada/Shopee)

Tip: Tambah nota peribadi, itu yang akan buat cikgu touching sampai simpan bertahun-tahun.

Baca Juga: Selamat Hari Guru: Ucapan, Pantun Dan Idea Hadiah Hari Guru

Penutup: Terima Kasih Cikgu, Anda Wira Kami Selamanya

Tema Hari Guru 2025 bukan sekadar slogan. Ia adalah seruan untuk hargai cikgu sebagai pemacu utama perubahan sistem pendidikan kita. Tanpa mereka, kita takkan jadi siapa kita hari ini.

Masih tercari-cari kerja yang sesuai? Bosan apply tapi tak dapat panggilan? Ramai jobseeker senyap-senyap dah guna AI Job Matcher Maukerja untuk cari kerja yang betul-betul match dengan skil dorang!

Bayangkan dapat kerja yang sesuai dengan minat, dekat rumah, gaji ok, dan bos supportive. Best kan? Jangan tunggu lagi. Klik sekarang untuk guna AI Job Matcher Maukerja.

Job Matcher

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


Soalan Lazim (FAQ) Tentang Hari Guru 2025

1. Bila sambutan rasmi Hari Guru 2025 diadakan?

16 Mei 2025 (Jumaat) di seluruh negara, termasuk sambutan khas di sekolah dan kementerian.

2. Apa tema rasmi Hari Guru 2025?

Tema ialah "Guru Pemacu Reformasi Pendidikan" yang menekankan peranan guru sebagai agen perubahan.

3. Adakah Hari Guru merupakan cuti umum?

Tidak, Hari Guru bukan cuti umum. Tapi sambutan akan dibuat di sekolah dan beberapa institusi pendidikan.

4. Apakah aktiviti menarik yang biasa dibuat sempena Hari Guru?

Aktiviti seperti persembahan pelajar, pemberian hadiah, pertandingan menghias kelas dan jamuan santai.

5. Di mana saya boleh dapatkan inspirasi ucapan atau hadiah Hari Guru?

Boleh rujuk artikel ini atau lawati platform media sosial seperti TikTok dan Instagram untuk idea terkini.

Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: