by Ani
Kadang-kadang kita sampai satu tahap dalam hidup di mana kita tahu... dah tiba masa untuk move on. Tapi bila fikir nak berhenti kerja, terus rasa serba salah. Takut bos kecik hati, taknak kawan pejabat terasa atau paling gerun, takut dilabel tak profesional.
Tapi jangan risau. Ada cara nak resign dengan cara baik, tak payah gaduh, tak perlu drama. Artikel ni akan guide korang step by step cara berhenti kerja yang paling smooth, sopan dan tetap jaga reputasi korang.
> Cari kerja paling ngam dengan korang di sini <
First things first, kenapa kena berhenti kerja secara profesional? Antara sebabnya:
Kalau keluar cara baik, silaturrahim terjaga dan siapa tahu, pintu rezeki akan terbuka lebih luas lepas ni.
Nak resign tak perlu stress. Ikut je langkah ni:
> Ucapan Perpisahan Kerja: Kata-Kata Perpisahan Sahabat Kerja dan Bos <
Bila nak tulis surat resign, jangan panik. Ni contoh mudah awak boleh guna:
Tarikh: 28 Mei 2025
Kepada: Pengurus Sumber Manusia
Tuan/Puan,
Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa saya akan menamatkan perkhidmatan saya di [Nama Syarikat] berkuat kuasa pada [tarikh akhir bekerja].
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan saya di sini.
Sekian, terima kasih.
Simple, sopan dan tak menyakitkan hati sesiapa.
> Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Pelbagai Sektor [BM & BI] <
Nak berhenti kerja bukan ikut mood. Timing sangat penting tau:
Kalau boleh, elakkan berhenti waktu company tengah struggle. Tunjukkan rasa tanggungjawab. Jangan lupa juga untuk ikut notis berhenti kerja dengan betul.
Persediaan itu kunci:
Kadang kita penat sangat, sampai nak masuk ofis pun rasa beban. Tapi kalau tempat kerja tu toxic, still kena keluar dengan cara berhemah. Ingat tu.
Keluar secara diam pun akan lebih dihargai dari buat drama yang tak sepatutnya.
Jangan terus panik lepas resign. Ambil masa sekejap untuk:
Tak salah pun kalau nak berhenti kerja tapi cara kita keluar tu mencerminkan siapa diri kita. Jadi, berhenti kerja dengan cara baik dengan ikut notis berhenti kerja bukan je penting untuk imej kita, tapi juga untuk buka laluan rezeki baru yang lebih baik.
Ingat, dunia kerja tak besar mana. Jaga nama, jaga hubungan. Dan bila korang dah ready nak cari kerja baru yang match dengan skill korang, jangan buang masa scroll satu-satu…
Masih stuck kat kerja yang buat korang stres hari-hari? Ramai dah guna AI Job Matcher dekat Maukerja untuk cari kerja baru ikut minat & kemahiran. Bayangkan kalau korang dapat kerja yang lebih tenang, gaji lebih tinggi, dan bos yang appreciate effort korang.
Klik sini sekarang sebelum peluang tu diambil orang lain! Match kerja dengan AI kat sini. Percuma je!
1. Perlu ke bagi notis sebelum berhenti kerja?
Ya! Notis tu penting sebagai tanda hormat kepada majikan dan ikut kontrak kerja.
2. Kalau tak bagi surat berhenti kerja, boleh kena tindakan ke?
Boleh. Surat rasmi penting sebagai bukti & rekod. Tanpanya, boleh timbul isu undang-undang.
3. Saya nak resign sebab stres. Macam mana nak cakap dekat bos?
Cakap dengan jujur tapi berhemah. Fokus pada kehendak untuk cari keseimbangan hidup & peluang baru.
4. Waktu terbaik berhenti kerja bila?
Lepas bonus, lepas dapat offer baru, atau bila projek besar dah selesai.
5. Macam mana nak cari kerja baru dengan lebih mudah?
Guna AI Job Matcher dari Maukerja untuk padankan kerja ikut kemahiran. Cepat, tepat, dan percuma!